Sunday, August 10, 2014

5 Pekerjaan Yang Sesuai Untuk Pelajar Kolej

8/10/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebagai seorang pelajar di Universiti/ Kolej, pasti tiba satu masa nanti anda akan rasa seperti tengah sesak mahu menggunakan duit. Ya, kadangkala, wang yang diberikan oleh PTPTN atau penaja anda memang kurang mencukupi lagi-lagi jika anda belajar di kawasan bandar. Namun, ada sesetengah pelajar yang akftif berniaga demi mencari wang lebihan untuk menampung samada yuran belajar atau juga keperluan gaya hidup anak muda zaman sekarang. Berikut adalah 5 perniagaan yang sesuai untuk seorang pelajar berniaga di kampus mereka:





1. Format Komputer
Jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang IT, ini adalah sumber pendapatan yang anda harus fikirkan. Bayangkanlah hampir setiap pelajar kini masing-masing mempunyai komputer riba . Jika anda dapat memberikan servis terbaik dan disukai oleh para pelajar di sekitar fakulti atau kolej kediaman, pasti ramai pelajar lain akan datang kepada anda untuk mendapatkan perkhidmatan yang sama.

2. Menjual Tudung
Ketika di zaman saya berada di Universiti, ramai pelajar terutama perempuan yang membuat bisnes kecil-kecilan menjual tudung. Kebiasaanya, mereka ini mempunyai hubungan yang rapat dengan pengusaha tudung/ batik dari pantai timur. Keuntungan jual tudung juga boleh menampung kehidupan anda di Universiti/ Kolej.

3. Menjual Nasi Lemak / Roti Sosej
Ada segelintir pelajar lelaki yang menjual nasi lemak dan juga roti berintikan sosej di kolej kediaman saya dahulu. Mereka mendapatkan bekalan dari gerai makanan di luar dan dibungkus dengan saiz yang agak kecil. Ini untuk memaksimakan keuntungan apabila menjual dengan harga RM0.50 sebungkus untuk nasi lemak dan RM1 untuk roti sosej.

4. Menjual T-Shirt dan Barangan Cenderamata
Jika ingin mendapatkan pendapatan yang agak lumayan, anda boleh memikirkan untuk menjadi agen kepada syarikat pencetakan diluar kampus anda. Jika di sekitar UKM, memang terdapat banyak syarikat-syarikat yang menawarkan barangan cenderamata dan juga T-Shirt untuk pelbagai program yang dijalankan. Jadi, ambillah kesempatan dengan menawarkan diri menjadi agen mereka di kampus anda. Keuntungan dari jualan ini agak lumayan juga.

5. Buat Pakej Pelancongan Bajet
Ramai dikalangan pelajar yang berasa ingin menikmati kehidupan sebagai pelajar dengan meneroka ke kawasan baru atau tempat pelancongan. Jika anda pelajar senior, ada boleh menawarkan diri menjadi agen untuk membawa mereka bersiar-siar dikawasan setempat. Anda hanya perlu uruskan pengangkutan sahaja. Caj yang harus dikenakan juga mestilah bersesuaian dengan taraf pelajar tersebut. Jangan terlalu mahal. Namun pastikan peserta anda dapat menikmati pelancongan anda dengan penuh kenikmatan dan menyeronokkan. :)

Wednesday, August 6, 2014

Promosi Malindo Air Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-57

8/06/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya dapat email dari Malindo Air untuk promosi terbaru yang mereka sedang jalankan. Berikut adalah promosi yang ditawarkan oleh mereka:


Untuk semua perjalanan domestik, harga permulaan adalah sebanyak RM57. Disamping itu, Malindo Air juga telah memperkenalkan satu laluan baru dari Subang ke Kuantan. Harga permulaan dari RM79 sehala. Malindo Air juga menawarkan laluan baru dari Subang ke Penang dan juga Krabi. 




Saya belum pernah lagi menggunakan perkhidmatan Malindo Air, tapi rasanya satu hari nanti saya akan cuba juga naik. Mungkin untuk jarak perjalanan yang dekat sahaja. Apapun, harga RM57 untuk perjalanan domestik adalah agak berpatutan dan mampu memberi peluang kepada kita semua untuk melancong dengan bajet yang agak rendah. :)

Tuesday, August 5, 2014

Kenapa Saya Tidak Tukar Kereta Lagi?

8/05/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kereta merupakan satu perkara yang sudah dikategorikan sebagai penting pada waktu ini. Berbanding pada tahun 80an dulu, kereta adalah lambang harta kekayaan seseorang indidvidu.

Untuk pengetahuan anda, saya memiliki sebuah kereta Proton Iswara 1.5 berwarna hijau/silver. Kereta ini sebenarnya adalah milik emak saya, namun saya telah membeli darinya sejak tahun 2012 berharga RM4ribu sahaja. Asalnya, kereta ini dibeli oleh emak saya pada tahun 1999. Sehingga ke hari ini, kereta ini telah berkhidmat selama lebih dari dari 15 tahun.



Ramai orang dan juga kenalan bertanya, kenapa saya masih tidak tukar kereta walaupun gaji bulanan saya mampu untuk menampung kos bulanan sebuah kereta. Berikut adalah antara sebab kenapa saya masih belum terbuka hati untuk menukar ke sebuah kereta yang lain:

1. Kereta masih berfungsi seperti biasa
Lain kereta, lain rosaknya. Namun bagi saya, kereta yang saya pakai sekarang masih boleh berfungsi dengan maksima. Seorang mekanik yang saya pernah pergi ke bengkelnya juga berkata bahawa engin kereta saya masih lagi sedap (halus) dan tidak menimbulkan bunyi yang agak kasar.

2. Servis dan alat ganti yang murah
Saya telah jaga kereta Proton ini sebaik mungkin semenjak saya beli dari emak saya. Boleh dikatakan, setiap kali mencecah 5,000km, saya akan pergi ke bengkel untuk membuat servis. Walaubagaimanapun, saya akan terlebih dahulu membeli barang-barang alat ganti dari kedai alat ganti kereta untuk mendapatkan harga diskaun yang lebih murah. Jika saya tukar terus di bengkel, pasti harganya sedikit mahal.

3. Pinjaman sudah habis bayar
Satu perkara yang paling menarik memiliki kereta ini adalah kerana saya sudah tidak mempunyai obligasi untuk membayar ansuran bulanan. Memandangkan umurnya yang sudah lebih dari 15 tahun, pastinya segala hutang ansuran kereta ini sudah dijelaskan sepenuhnya dengan pihak bank.

4. Kurang menggunakan kereta
Sama seperti orang lain di kawasan KL ini, saya hanya menunggang motorsikal untuk pergi ke tempat kerja. Jadi, saya jarang menggunakan kereta ini. Boleh dikatakan, kereta ini hanya digunakan pada hujung minggu sahaja.

5. Penjimatan untuk benda lain yang penting

Apabila saya masih belum lagi memiliki kereta baru yang semestinya akan membuatkan saya berhutang semula, saya akan pastikan wang lebihan setiap bulan akan digunakan untuk perkara yang lebih penting. Contohnya, membuat pembayaran untuk pendidikan saya dan juga untuk simpanan pada masa kecemasan di masa hadapan. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Monday, August 4, 2014

5 Tips Berjimat Semasa Melancong

8/04/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1. Melancong ketika bukan musim cuti sekolah
Bagi anda yang masih belum mempunyai anak yang bersekolah, pilihan untuk melancong di waktu bukan cuti sekolah akan memberikan penjimatan yang berganda. Secara umum, harga sebilik hotel akan hampir 2 kali lebih mahal pada musim cuti sekolah.  Jadi, jika anda dapat bercuti diluar waktu cuti sekolah, pastinya wang lebihan tadi boleh digunakan untuk membeli cenderamata sebagai kenangan-kenangan atau untuk keperluan lain.


2. Timbang beg bagasi anda sebelum keluar dari rumah
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Air Asia, semestinya berat bagasi akan menjadi keutamaan anda. Jika anda membawa barang yang berlebihan, bersiap sedialah untuk membayar berat lebihan tadi kepada Air Asia. Untuk pengetahuan, jika anda terperangkap membawa melebihi muatan yang dibeli, anda akan dikenakan caj yang agak mahal. Jadi, tips ini mampu menjimatkan wang anda jika anda praktikkannya dari rumah anda. J

3. Bawa bekal makanan jika perlu
Jika anda melancong ke luar negara yang bukan berstatus negara Islam, mungkin akan ada kesukaran untuk mendapatkan makanan halal di kawasan berhampiran hotel. Jika ada pun, mungkin harga yang dikenakan adalah agak mahal berbanding makanan bukan Halal. Jadi, disini anda mampu berjimat dengan membawa pek makanan segera anda dari rumah. Kebiasaannya, pelancong Malaysia lain akan membawa mee segera sebagai back up jika tidak menjumpai restoran halal di sana.


4. Tempah penerbangan transit
Tiket penerbangan untuk ke sesuatu destinasi secara terus adalah lebih mahal berbanding jika mengambil tiket penerbangan yang transit. Jika ada keperluan untuk menaiki pesawat secara terus contohnya seperti kecemasan, jadi dipersilakan. Jika tiada, saya cadangkan tiket secara transit juga sudah memadai. Biasanya penerbangan transit sesuai untuk waktu perjalanan yang jauh seperti ke Europe. Walaubagaimanapun, pastikan tempoh masa transit itu adalah dalam jangkamasa yang pendek kerana takut anda akan berasa bosan nanti di lapangan terbang. Apa yang penting, asalkan kita selamat sampai ke destinasi yang dituju.

5. Cari Hotel Bajet
Bagi sesetengah pelancong yang tidak kisah dengan keperluan bilik hotel yang mewah atau terlalu selesa, anda boleh cuba untuk menginap di bilik hotel bertaraf bajet. Pada zaman ini, sesetengah hotel bajet juga sudah cuba menyaingi hotel bertaraf 3 bintang dengan menyediakan bilik yang selesa dan penuh dengan keceriaan. Hotel bajet ini dinamakan Boutique Hotel. Anda boleh cuba cari hotel bajet di laman web popular seperti Agoda.com dan juga Tripadvisor.com.

Saturday, July 19, 2014

Keburukan Penggabungan & Pengambilalihan Syarikat

7/19/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Baru-baru ini terdapat berita mengenai potensi penggabungan 2 institusi perbankan dan juga satu institusi kewangan. Penggabungan yang dimaksudkan adalah antara CIMB Bank, RHB dan MBSB. Sehingga saat ini, BNM telah memberikan kelulusan kepada semua entiti yang terlibat untuk berunding dan memeterai perjanjian.

Walaupun penggabungan ini bakal menjadikan mereka sebagai sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia dari segi sazi aset, namun ada beberapa keburukan yang akan terjadi apabila penggabungan ini berjaya. 



1. Potensi Kehilangan Pekerjaan
Ini adalah potensi yang paling cepat berlaku. Semestinya apabila bank-bank tersebut berada di dalam jarak yang dekat, maka akan ada satu bank yang akn ditutup operasi. Contoh paling hampir ialah di KLCC di mana RHB Bank dan CIMB berkedudukan bertentangan. Adalah tidak efisyen jika kedua-dua bank terus beroperasi pada kedudukan yang sangat hampir.

2. Kekurangan Kepelbagaian Produk Kewangan
Semakin sikit bank yang beroperasi, semaikn sikit juga produk kewangan yang ditawarkan dipasaran. Jadi, pilihan para pengguna juga adalah semakin terhad secara tidak langsung.

3. Waktu berurusan lebih panjang
Disebabkan 2 buah bank akan bergabung menjadi satu dan hanya bank yang mengambil alih sahaja yang bakal beroperasi, secara tidak langsung, pelanggan kepada kedua-dua bank yang diambilalih tersebut harus bersaing dengan pelanggan bank yang mengambil alih di bahagian kaunter. Ia berpotensi memanjang waktu berurusan melainkan semua pekerja bank yang diambil alih diserap ke bank yang mengambil alih.

Monday, July 14, 2014

Gunakan Kad Kredit

7/14/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini, saya ingin berkongsi tentang penggunaan kad kredit. Jika ada terlepas artikel saya sebelum ini berkaitan dengan kebaikan penggunaan kad kredit, sila lawati dengan klik di sini.

Jika anda mempunya kad kredit lebih dari satu, sepatutnya anda buang dan potong semua kad kredit anda dan tinggalkan satu sahaja untuk penggunaan harian anda. Sebenarnya ada banyak kelebihan menggunakan kad kredit ini dalam mencapai kebebasan kewangan anda. Cuma ramai menyalahgunakan kad kredit dengan menggunakannya melebihi dari kemampuan atau membayar lewat atau menggunakan kad kredit untuk tujuan berhutang.



Nasihat saya adalah gunakan sepenuhnya kad kredit ini tetapi pastikan anda membayar penuh setiap kali menerima bil. Juga pastikan anda menggunakan cek bertarikh masa akan datang (standing order) iaitu sebelum tarikh tamat untuk membayar supaya anda dapat menggunakan sepenuhnya sebarang dividen di dalam bank anda. Juga, jangan gunakan kad kredit anda jika ada sesiapa yang ingin mencaj anda 3% untuk menggunakannya, anda memang rugi di situ.







Recent

recentposts

Random

randomposts