Monday, August 4, 2014

5 Tips Berjimat Semasa Melancong

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1. Melancong ketika bukan musim cuti sekolah
Bagi anda yang masih belum mempunyai anak yang bersekolah, pilihan untuk melancong di waktu bukan cuti sekolah akan memberikan penjimatan yang berganda. Secara umum, harga sebilik hotel akan hampir 2 kali lebih mahal pada musim cuti sekolah.  Jadi, jika anda dapat bercuti diluar waktu cuti sekolah, pastinya wang lebihan tadi boleh digunakan untuk membeli cenderamata sebagai kenangan-kenangan atau untuk keperluan lain.


2. Timbang beg bagasi anda sebelum keluar dari rumah
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Air Asia, semestinya berat bagasi akan menjadi keutamaan anda. Jika anda membawa barang yang berlebihan, bersiap sedialah untuk membayar berat lebihan tadi kepada Air Asia. Untuk pengetahuan, jika anda terperangkap membawa melebihi muatan yang dibeli, anda akan dikenakan caj yang agak mahal. Jadi, tips ini mampu menjimatkan wang anda jika anda praktikkannya dari rumah anda. J

3. Bawa bekal makanan jika perlu
Jika anda melancong ke luar negara yang bukan berstatus negara Islam, mungkin akan ada kesukaran untuk mendapatkan makanan halal di kawasan berhampiran hotel. Jika ada pun, mungkin harga yang dikenakan adalah agak mahal berbanding makanan bukan Halal. Jadi, disini anda mampu berjimat dengan membawa pek makanan segera anda dari rumah. Kebiasaannya, pelancong Malaysia lain akan membawa mee segera sebagai back up jika tidak menjumpai restoran halal di sana.


4. Tempah penerbangan transit
Tiket penerbangan untuk ke sesuatu destinasi secara terus adalah lebih mahal berbanding jika mengambil tiket penerbangan yang transit. Jika ada keperluan untuk menaiki pesawat secara terus contohnya seperti kecemasan, jadi dipersilakan. Jika tiada, saya cadangkan tiket secara transit juga sudah memadai. Biasanya penerbangan transit sesuai untuk waktu perjalanan yang jauh seperti ke Europe. Walaubagaimanapun, pastikan tempoh masa transit itu adalah dalam jangkamasa yang pendek kerana takut anda akan berasa bosan nanti di lapangan terbang. Apa yang penting, asalkan kita selamat sampai ke destinasi yang dituju.

5. Cari Hotel Bajet
Bagi sesetengah pelancong yang tidak kisah dengan keperluan bilik hotel yang mewah atau terlalu selesa, anda boleh cuba untuk menginap di bilik hotel bertaraf bajet. Pada zaman ini, sesetengah hotel bajet juga sudah cuba menyaingi hotel bertaraf 3 bintang dengan menyediakan bilik yang selesa dan penuh dengan keceriaan. Hotel bajet ini dinamakan Boutique Hotel. Anda boleh cuba cari hotel bajet di laman web popular seperti Agoda.com dan juga Tripadvisor.com.

Recent

recentposts

Random

randomposts