Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebagai seorang pelajar di Universiti/ Kolej, pasti tiba satu masa nanti anda akan rasa seperti tengah sesak mahu menggunakan duit. Ya, kadangkala, wang yang diberikan oleh PTPTN atau penaja anda memang kurang mencukupi lagi-lagi jika anda belajar di kawasan bandar. Namun, ada sesetengah pelajar yang akftif berniaga demi mencari wang lebihan untuk menampung samada yuran belajar atau juga keperluan gaya hidup anak muda zaman sekarang. Berikut adalah 5 perniagaan yang sesuai untuk seorang pelajar berniaga di kampus mereka:
1. Format Komputer
Jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang IT, ini adalah sumber pendapatan yang anda harus fikirkan. Bayangkanlah hampir setiap pelajar kini masing-masing mempunyai komputer riba . Jika anda dapat memberikan servis terbaik dan disukai oleh para pelajar di sekitar fakulti atau kolej kediaman, pasti ramai pelajar lain akan datang kepada anda untuk mendapatkan perkhidmatan yang sama.
2. Menjual Tudung
Ketika di zaman saya berada di Universiti, ramai pelajar terutama perempuan yang membuat bisnes kecil-kecilan menjual tudung. Kebiasaanya, mereka ini mempunyai hubungan yang rapat dengan pengusaha tudung/ batik dari pantai timur. Keuntungan jual tudung juga boleh menampung kehidupan anda di Universiti/ Kolej.
3. Menjual Nasi Lemak / Roti Sosej
Ada segelintir pelajar lelaki yang menjual nasi lemak dan juga roti berintikan sosej di kolej kediaman saya dahulu. Mereka mendapatkan bekalan dari gerai makanan di luar dan dibungkus dengan saiz yang agak kecil. Ini untuk memaksimakan keuntungan apabila menjual dengan harga RM0.50 sebungkus untuk nasi lemak dan RM1 untuk roti sosej.
4. Menjual T-Shirt dan Barangan Cenderamata
Jika ingin mendapatkan pendapatan yang agak lumayan, anda boleh memikirkan untuk menjadi agen kepada syarikat pencetakan diluar kampus anda. Jika di sekitar UKM, memang terdapat banyak syarikat-syarikat yang menawarkan barangan cenderamata dan juga T-Shirt untuk pelbagai program yang dijalankan. Jadi, ambillah kesempatan dengan menawarkan diri menjadi agen mereka di kampus anda. Keuntungan dari jualan ini agak lumayan juga.
5. Buat Pakej Pelancongan Bajet
Ramai dikalangan pelajar yang berasa ingin menikmati kehidupan sebagai pelajar dengan meneroka ke kawasan baru atau tempat pelancongan. Jika anda pelajar senior, ada boleh menawarkan diri menjadi agen untuk membawa mereka bersiar-siar dikawasan setempat. Anda hanya perlu uruskan pengangkutan sahaja. Caj yang harus dikenakan juga mestilah bersesuaian dengan taraf pelajar tersebut. Jangan terlalu mahal. Namun pastikan peserta anda dapat menikmati pelancongan anda dengan penuh kenikmatan dan menyeronokkan. :)
