Saturday, July 19, 2014

Keburukan Penggabungan & Pengambilalihan Syarikat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Baru-baru ini terdapat berita mengenai potensi penggabungan 2 institusi perbankan dan juga satu institusi kewangan. Penggabungan yang dimaksudkan adalah antara CIMB Bank, RHB dan MBSB. Sehingga saat ini, BNM telah memberikan kelulusan kepada semua entiti yang terlibat untuk berunding dan memeterai perjanjian.

Walaupun penggabungan ini bakal menjadikan mereka sebagai sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia dari segi sazi aset, namun ada beberapa keburukan yang akan terjadi apabila penggabungan ini berjaya. 



1. Potensi Kehilangan Pekerjaan
Ini adalah potensi yang paling cepat berlaku. Semestinya apabila bank-bank tersebut berada di dalam jarak yang dekat, maka akan ada satu bank yang akn ditutup operasi. Contoh paling hampir ialah di KLCC di mana RHB Bank dan CIMB berkedudukan bertentangan. Adalah tidak efisyen jika kedua-dua bank terus beroperasi pada kedudukan yang sangat hampir.

2. Kekurangan Kepelbagaian Produk Kewangan
Semakin sikit bank yang beroperasi, semaikn sikit juga produk kewangan yang ditawarkan dipasaran. Jadi, pilihan para pengguna juga adalah semakin terhad secara tidak langsung.

3. Waktu berurusan lebih panjang
Disebabkan 2 buah bank akan bergabung menjadi satu dan hanya bank yang mengambil alih sahaja yang bakal beroperasi, secara tidak langsung, pelanggan kepada kedua-dua bank yang diambilalih tersebut harus bersaing dengan pelanggan bank yang mengambil alih di bahagian kaunter. Ia berpotensi memanjang waktu berurusan melainkan semua pekerja bank yang diambil alih diserap ke bank yang mengambil alih.

Recent

recentposts

Random

randomposts