Kenapa Saya Tidak Tukar Kereta Lagi?
FAAS
8/05/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kereta merupakan satu perkara yang sudah dikategorikan
sebagai penting pada waktu ini. Berbanding pada tahun 80an dulu, kereta adalah lambang
harta kekayaan seseorang indidvidu.
Untuk pengetahuan anda, saya memiliki sebuah kereta Proton
Iswara 1.5 berwarna hijau/silver. Kereta ini sebenarnya adalah milik emak saya,
namun saya telah membeli darinya sejak tahun 2012 berharga RM4ribu sahaja.
Asalnya, kereta ini dibeli oleh emak saya pada tahun 1999. Sehingga ke hari
ini, kereta ini telah berkhidmat selama lebih dari dari 15 tahun.
Ramai orang dan juga kenalan bertanya, kenapa saya masih tidak
tukar kereta walaupun gaji bulanan saya mampu untuk menampung kos bulanan
sebuah kereta. Berikut adalah antara sebab kenapa saya masih belum terbuka hati
untuk menukar ke sebuah kereta yang lain:
1. Kereta masih berfungsi seperti biasa
Lain kereta, lain rosaknya. Namun bagi saya, kereta yang
saya pakai sekarang masih boleh berfungsi dengan maksima. Seorang mekanik yang
saya pernah pergi ke bengkelnya juga berkata bahawa engin kereta saya masih
lagi sedap (halus) dan tidak menimbulkan bunyi yang agak kasar.
2. Servis dan alat ganti yang murah
Saya telah jaga kereta Proton ini sebaik mungkin semenjak
saya beli dari emak saya. Boleh dikatakan, setiap kali mencecah 5,000km, saya
akan pergi ke bengkel untuk membuat servis. Walaubagaimanapun, saya akan
terlebih dahulu membeli barang-barang alat ganti dari kedai alat ganti kereta
untuk mendapatkan harga diskaun yang lebih murah. Jika saya tukar terus di
bengkel, pasti harganya sedikit mahal.
3. Pinjaman sudah habis bayar
Satu perkara yang paling menarik memiliki kereta ini adalah
kerana saya sudah tidak mempunyai obligasi untuk membayar ansuran bulanan. Memandangkan
umurnya yang sudah lebih dari 15 tahun, pastinya segala hutang ansuran kereta
ini sudah dijelaskan sepenuhnya dengan pihak bank.
4. Kurang menggunakan kereta
Sama seperti orang lain di kawasan KL ini, saya hanya
menunggang motorsikal untuk pergi ke tempat kerja. Jadi, saya jarang
menggunakan kereta ini. Boleh dikatakan, kereta ini hanya digunakan pada hujung
minggu sahaja.
5. Penjimatan untuk benda lain yang penting
Apabila saya masih belum lagi memiliki kereta baru yang
semestinya akan membuatkan saya berhutang semula, saya akan pastikan wang
lebihan setiap bulan akan digunakan untuk perkara yang lebih penting. Contohnya,
membuat pembayaran untuk pendidikan saya dan juga untuk simpanan pada masa
kecemasan di masa hadapan. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.







Social Counter