Kebiasaanya, melalui pekerjaan tetap anda, anda akan mendapat gaji bulanan selepas cukai dan KWSP sebanyak dalam lingkungan RM2,100 sebulan. Jika anda tidak dapat mencapai nilai ini dengan bonus-bonus anda, anda boleh mengurangkan sesetengah perbelanjaan seperti hiburan dan pengangkutan.
Tetapi tolong jangan kurangkan simpanan anda. Itu sepatutnya menjadi perhatian utama anda dalam perbelanjaan anda. Saya akan terangkan dengan lebih mendalam lagi keperluan untuk mempunyai sebuah kerja yang tetap di artikel seterusnya. Lagi sekali, jika anda mempunyai gaji yang melebihi RM2,100 sebulan dan mungkin lebih, simpan yang selebihnya sehingga anda mencapai kebebasan kewangan anda. Bila tiba masa itu nanti, anda boleh mula merasai sedikit kesenangan di dalam hidup anda tetapi anda perlu tetap mengutamakan kebebasan kewangan seumur hidup anda.
Cuba bayangkan jika kerani swasta boleh mendapat RM1,600 sebulan dengan bonus 2 bulan gaji. Itu sudah RM1,900 sebulan. Jika anda tukarkan sedikit perbelanjaan anda, anda mudah mencapai matlamat perbelanjaan ini. Jika anda campurkan dengan gaji isteri atau suami anda, matlamat ini lagi mudah dicapai. Lagi sekali ingat, mereka yang bergaji RM2,500 ke bawah tidak perlu membayar cukai. Matlamat RM2,100 ini adalah gaji kombinasi suami isteri!
