Monday, August 4, 2014

5 Tips Berjimat Semasa Melancong

8/04/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1. Melancong ketika bukan musim cuti sekolah
Bagi anda yang masih belum mempunyai anak yang bersekolah, pilihan untuk melancong di waktu bukan cuti sekolah akan memberikan penjimatan yang berganda. Secara umum, harga sebilik hotel akan hampir 2 kali lebih mahal pada musim cuti sekolah.  Jadi, jika anda dapat bercuti diluar waktu cuti sekolah, pastinya wang lebihan tadi boleh digunakan untuk membeli cenderamata sebagai kenangan-kenangan atau untuk keperluan lain.


2. Timbang beg bagasi anda sebelum keluar dari rumah
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Air Asia, semestinya berat bagasi akan menjadi keutamaan anda. Jika anda membawa barang yang berlebihan, bersiap sedialah untuk membayar berat lebihan tadi kepada Air Asia. Untuk pengetahuan, jika anda terperangkap membawa melebihi muatan yang dibeli, anda akan dikenakan caj yang agak mahal. Jadi, tips ini mampu menjimatkan wang anda jika anda praktikkannya dari rumah anda. J

3. Bawa bekal makanan jika perlu
Jika anda melancong ke luar negara yang bukan berstatus negara Islam, mungkin akan ada kesukaran untuk mendapatkan makanan halal di kawasan berhampiran hotel. Jika ada pun, mungkin harga yang dikenakan adalah agak mahal berbanding makanan bukan Halal. Jadi, disini anda mampu berjimat dengan membawa pek makanan segera anda dari rumah. Kebiasaannya, pelancong Malaysia lain akan membawa mee segera sebagai back up jika tidak menjumpai restoran halal di sana.


4. Tempah penerbangan transit
Tiket penerbangan untuk ke sesuatu destinasi secara terus adalah lebih mahal berbanding jika mengambil tiket penerbangan yang transit. Jika ada keperluan untuk menaiki pesawat secara terus contohnya seperti kecemasan, jadi dipersilakan. Jika tiada, saya cadangkan tiket secara transit juga sudah memadai. Biasanya penerbangan transit sesuai untuk waktu perjalanan yang jauh seperti ke Europe. Walaubagaimanapun, pastikan tempoh masa transit itu adalah dalam jangkamasa yang pendek kerana takut anda akan berasa bosan nanti di lapangan terbang. Apa yang penting, asalkan kita selamat sampai ke destinasi yang dituju.

5. Cari Hotel Bajet
Bagi sesetengah pelancong yang tidak kisah dengan keperluan bilik hotel yang mewah atau terlalu selesa, anda boleh cuba untuk menginap di bilik hotel bertaraf bajet. Pada zaman ini, sesetengah hotel bajet juga sudah cuba menyaingi hotel bertaraf 3 bintang dengan menyediakan bilik yang selesa dan penuh dengan keceriaan. Hotel bajet ini dinamakan Boutique Hotel. Anda boleh cuba cari hotel bajet di laman web popular seperti Agoda.com dan juga Tripadvisor.com.

Saturday, July 19, 2014

Keburukan Penggabungan & Pengambilalihan Syarikat

7/19/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Baru-baru ini terdapat berita mengenai potensi penggabungan 2 institusi perbankan dan juga satu institusi kewangan. Penggabungan yang dimaksudkan adalah antara CIMB Bank, RHB dan MBSB. Sehingga saat ini, BNM telah memberikan kelulusan kepada semua entiti yang terlibat untuk berunding dan memeterai perjanjian.

Walaupun penggabungan ini bakal menjadikan mereka sebagai sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia dari segi sazi aset, namun ada beberapa keburukan yang akan terjadi apabila penggabungan ini berjaya. 



1. Potensi Kehilangan Pekerjaan
Ini adalah potensi yang paling cepat berlaku. Semestinya apabila bank-bank tersebut berada di dalam jarak yang dekat, maka akan ada satu bank yang akn ditutup operasi. Contoh paling hampir ialah di KLCC di mana RHB Bank dan CIMB berkedudukan bertentangan. Adalah tidak efisyen jika kedua-dua bank terus beroperasi pada kedudukan yang sangat hampir.

2. Kekurangan Kepelbagaian Produk Kewangan
Semakin sikit bank yang beroperasi, semaikn sikit juga produk kewangan yang ditawarkan dipasaran. Jadi, pilihan para pengguna juga adalah semakin terhad secara tidak langsung.

3. Waktu berurusan lebih panjang
Disebabkan 2 buah bank akan bergabung menjadi satu dan hanya bank yang mengambil alih sahaja yang bakal beroperasi, secara tidak langsung, pelanggan kepada kedua-dua bank yang diambilalih tersebut harus bersaing dengan pelanggan bank yang mengambil alih di bahagian kaunter. Ia berpotensi memanjang waktu berurusan melainkan semua pekerja bank yang diambil alih diserap ke bank yang mengambil alih.

Monday, July 14, 2014

Gunakan Kad Kredit

7/14/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini, saya ingin berkongsi tentang penggunaan kad kredit. Jika ada terlepas artikel saya sebelum ini berkaitan dengan kebaikan penggunaan kad kredit, sila lawati dengan klik di sini.

Jika anda mempunya kad kredit lebih dari satu, sepatutnya anda buang dan potong semua kad kredit anda dan tinggalkan satu sahaja untuk penggunaan harian anda. Sebenarnya ada banyak kelebihan menggunakan kad kredit ini dalam mencapai kebebasan kewangan anda. Cuma ramai menyalahgunakan kad kredit dengan menggunakannya melebihi dari kemampuan atau membayar lewat atau menggunakan kad kredit untuk tujuan berhutang.



Nasihat saya adalah gunakan sepenuhnya kad kredit ini tetapi pastikan anda membayar penuh setiap kali menerima bil. Juga pastikan anda menggunakan cek bertarikh masa akan datang (standing order) iaitu sebelum tarikh tamat untuk membayar supaya anda dapat menggunakan sepenuhnya sebarang dividen di dalam bank anda. Juga, jangan gunakan kad kredit anda jika ada sesiapa yang ingin mencaj anda 3% untuk menggunakannya, anda memang rugi di situ.







Wednesday, June 25, 2014

Membeli Perabot dan Barangan Elektrik

6/25/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kita telah membincangkan sebelum ini mengenai perbelanjaan bulanan anda. Bagaimana pula dengan wang yang akan anda gunakan untuk membeli perabot dan barangan elektrik?

Peraturan nombor 1 - Jangan gunakan pinjaman persendirian (personal loan) untuk membeli barangan ini. Bayar bila anda mampu menggunakan wang yang anda miliki sahaja. Untuk pembelian rumah pertama, membeli barangan perabot dan elektrik memerlukan wang yang cukup besar. 

Cuba gunakan wang tunai dan membeli kesemuanya tanpa sebarang hutang. Gunakan kad kredit dan bayar bila tiba masanya nanti. Anda juga boleh membeli barang yang tidak berjenama tetapi mempunyai kualiti yang baik sebagai alternatif menjimatkan wang. Selain dari itu, menurut pengalaman saya, membeli barangan elektronik di Pasaraya Besar seperti Tesco/Aeon Big adalah lebih murah berbanding membeli di kedai elektronik ditepi jalan. Ini kerana kebiasaanya pasaraya besar akan membeli secara pukal dan dapat menikmati diskaun yang banyak dari pengeluar atau pengedar tunggal.




Wednesday, June 11, 2014

Matlamat Perbelanjaan

6/11/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Kebiasaanya, melalui pekerjaan tetap anda, anda akan mendapat gaji bulanan selepas cukai dan KWSP sebanyak dalam lingkungan RM2,100 sebulan. Jika anda tidak dapat mencapai nilai ini dengan bonus-bonus anda, anda boleh mengurangkan sesetengah perbelanjaan seperti hiburan dan pengangkutan.



Tetapi tolong jangan kurangkan simpanan anda. Itu sepatutnya menjadi perhatian utama anda dalam perbelanjaan anda. Saya akan terangkan dengan lebih mendalam lagi keperluan untuk mempunyai sebuah kerja yang tetap di artikel seterusnya. Lagi sekali, jika anda mempunyai gaji yang melebihi RM2,100 sebulan dan mungkin lebih, simpan yang selebihnya sehingga anda mencapai kebebasan kewangan anda. Bila tiba masa itu nanti, anda boleh mula merasai sedikit kesenangan di dalam hidup anda tetapi anda perlu tetap mengutamakan kebebasan kewangan seumur hidup anda.





Cuba bayangkan jika kerani swasta boleh mendapat RM1,600 sebulan dengan bonus 2 bulan gaji. Itu sudah RM1,900 sebulan. Jika anda tukarkan sedikit perbelanjaan anda, anda mudah mencapai matlamat perbelanjaan ini. Jika anda campurkan dengan gaji isteri atau suami anda, matlamat ini lagi mudah dicapai. Lagi sekali ingat, mereka yang bergaji RM2,500 ke bawah tidak perlu membayar cukai. Matlamat RM2,100 ini adalah gaji kombinasi suami isteri!





Wednesday, March 12, 2014

Analisa Perbelanjaan Sekarang

3/12/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Tips hari ini adalah sangat mudah iaitu analisa perbelanjaan harian anda. Ambil sehari dua untuk menganalisa segala resit-resit anda, penyata bank anda, penyata kad kredit anda atau pergi ke Pasaraya Besar satu hari dan analisa berapa banyak anda betul-betul berbelanja dalam sebulan. Guna Excel untuk menyenaraikan semuanya, cetak dan lekat di dinding rumah anda. Mari kita kategorikan perbelanjaan anda dari terpenting sehingga yang kurang penting seperti di bawah:

1. Rumah
2. Kenderaan / Pengangkutan
3. Minyak petrol
4. Makanan dan barang dapur
5. Bil telefon / Astro/ TNB
6. Bil Air and IWK
7. Bil Internet
8. Simpanan bulan
9. Insurans atau takaful
10. Derma
11. Hiburan dan pelancongan

Saya akan cuba huraikan dengan lebih terperincin pada artikel yang akan datang. InsyaAllah. :)



Recent

recentposts

Random

randomposts