Kali ni, saya nak teruskan perkongsian cerita tentang short trip kami ke Batam pada 2 Mei 2015 yang lalu. Jika anda terlepas pandang Bahagian I, anda boleh klik disini.
Seperti yang telah dijanjikan menerusi aplikasi Whatsapps, kami dijemput oleh Pak Supir Irwan disana. Sebelum keluar dari jeti, Kak T sempat membuat tempahan kek lapis yang popular di Batam iaitu Lamoist. Saya tengok harganya, boleh tahan jugalah. Tapi disebabkan Kak T yang hendak beli, jadi, saya simpan je duit saya untuk beli kek lain. Hehe. Disini, kita diberi pilihan samada hendak membuat bayaran penuh atau bayaran deposit sahaja. Kak T pilih untuk buat bayaran deposit sahaja dan membuat bayaran penuh ketika mengambil kek tersebut pada petangnya. Setelah membuat tempahan dan bayaran deposit, kami terus mengikut Pak Irwan untuk ke ruang parking. Untuk keluar dari parking ini, tidak silap saya, sebanyak 3 ribu Rupiah akan dikenakan dan Pak Supir akan meminta kita yang membayarnya.
Destinasi pertama yang kami lawati tentulah Barelang Bridge. jambatan ini adalah lokasi wajib pergi jika ke Batam. Senibina adalah sperti jambatan di San Francisco, USA. Sambil menikmati pemandangan jambatan ini, kami hilangkan rasa dahaga dengan meminum air kelapa dan juga beberapa tongkol jagung bakar. Harga? Lebih kurang sama dengan di Malaysia.
Keluarga saya.
Keluarga Kak T
Sebagai umat Islam, kita dimestikan untuk menunaikan kewajipan solat 5 waktu walau dimana kita berada. Oleh itu, destinasi kami seterusnya adalah menunaikan solat Jamak Taqdim di sebuah Masjid berhampiran Kem Tentera. Saya tidak begitu pasti nama Masjid ini, namun jalan masuk ke Masjid ini amat mendukacitakan. Walaubagaimanapun, Masjid ini kelihatan sangat cantik. Mungkin ianya dibina dalam sekitar 1-2 tahun lepas.
Aktiviti terakhir kami adalah shopping. Untuk pengetahuan, Batam ini juga terkenal dengan pelbagai jenis tas tangan yang sudah pasti bukan original, namun mempunyai gred yang baik. Kak T membeli 2 buah hand bag selepas puas meninjau ninjau di beberapa buah kedai. Ini pun sebab ada pesanan dari kakak ipar untuk membeli hand bag disana. Saya dan isteri tidak membeli sebarang hand bag kerana kami berpendapat, hand bag di Kenanga Wholesale Centre (KWC) di Kuala Lumpur lagi murah dan mempunyai kualiti yang lebih baik. Disini juga kami singgah untuk membeli kerepek sebagai oleh-ole dari Batam. Kerepek yang dibeli adalah kerepek nangka, pisang dan juga pisang salai. Kami membelanjakan sebanyak 600 ribu rupiah hanya untuk membeli kerepek ni semua. Banyak tak? Hehe..
Kak T tengah shopping dekat dalam tuh.
Last but not least, kami singgah ke "Welcome To Batam". Ini adalah ikon yang menunjukkan anda sudah sampai di Batam. Adalah dalam 3-4 keping gambar kami snap disini sebagai kenang kenangan.
Tepat jam 4.30 petang, Pak Supir telah menurunkan kami di Jeti. Selepas bersalam salaman, saya memberikan wang sebanyak 500 ribu Rupiah sebagai bayaran perkhidmatan supir untuk tempoh 7 jam. Di dalam kompleks Jeti, Kak T terus pergi ke kedai kek Lamoist untuk mengambil tempahan kek yang dibuat disebelah pagi tadi. Urusan Imigresen pula agak lama kerana dipenuhi oleh pelancong-pelancong Singapura yang hendak pulang ke negara mereka. Oh ya, bayaran Departure Tax hendaklah dijelaskan sebelum keluar dari Indonesia. Mengikut resit yang diberikan, ianya berjumlah 65 ribu Rupiah. Namun, kami diminta untuk membayar sebanyak 100 ribu Rupiah seorang. Ini sesuatu yang kami tidak boleh jelaskan di sini. Huhu.
Kami bertolak dari jeti Batam pada jam 5.30 petang dan tiba di Berjaya Waterfront sekitar jam 8.30 malam. Semoga trip ringkas ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak panduan berguna jika ingin ke Batam nanti. InsyaAllah. (^_^)v.
No comments:
Post a Comment