Wednesday, May 20, 2015

Big Bad Wolf (29 Mei - 7 June 2015)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Big Bad Wolf (BBW) kini kembali. Bagi anda yang menggemar untuk membeli buku sebagai bahan bacaan mahupun sebagai koleksi peribadi anda, saya cadangkan agar anda dapat meluangkan masa untuk melawati Pesta Buku Big Bad Wolf di Mines 2, Serdang yang akan berlangsung dari 29 Mei hingga 7 Jun 2015. Uniknya kali ini, ianya akan dilakukan pada hujung bulan ini. Ini kerana, selalunya, mereka akan membuat jualan buku besar-besaran di Mines pada hujung tahun untuk memberi peluang kepada kita semua merebut rebat pembelian buku di dalam Cukai Pendapatan kita.


Setiap tahun, saya tidak pernah ketinggalan untuk menyertai Pesta Buku ini. Dengan nilai serendah RM5 untuk bahan bacaan tertentu, ianya sebenarnya mampu memberikan penjimatan yang maksima dalam perbelanjaan kita. Tambahan pula, segala pembelian buku mulai pada tahun ini akan dikecualikan dari GST. Penjimatan berganda!


Jadi, apa lagi aktiviti  menarik yang ditawarkan oleh BBW kali ini? Setelah saya melihat Facebook mereka, saya dapati mereka membuat satu inovasi baru di dalam pembelian bahan bacaan. Apa yang cuba saya sampaikan disini adalah, untuk pembelian kali ini, anda tidak dibenarkan untuk membeli buku satu persatu seperti yang kita biasa lakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Namun, anda dimestikan untuk membeli kotak yang mempunyai saiz yang berbeza dan mempunyai harga yang berbeza juga. Apabila kita telah membeli kotak tersebut (Kotak B), kita dibenarkan untuk mengisi seberapa banyak buku di dalam kotak tersebut sehinggalah kotak tersebut boleh ditutup secara rata. Menarik bukan?


Harga untuk kotak tersebut pula adalah berharga RM79.90 (Kotak A) dan RM99.90 (Kotak B). Ya, nampak macam agak mahal, tapi jika kita boleh isi sepenuhnya, bukankah ianya sangat berbaloi? Saya pula hanya akan menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia yang telah diberikan oleh kolej ACCA saya. Jadi, secara teorinya, saya langsung tidak mengeluarkan sejumlah wang. Hanya perlu mengorbankan sedikit masa dan juga bayaran parkir di sana nanti.

Nanti saya akan kemaskini buku apa yang saya telah beli selepas pulang dari sana. Tunggu ya. :)



No comments:

Post a Comment

Recent

recentposts

Random

randomposts