Sudah lama saya tidak mengemaskini post terkini di blog ini. Mungkin disebabkan kekangan masa yang menghambat untuk persediaan peperiksaan ACCA membuatkan saya terleka seketika untuk mengemaskini blog ini.
Baiklah, hari ini, saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya dan keluarga membuat short trip ke Batam, Indonesia pada 2 Mei 2015 yang lalu. Ianya hanya perjalanan sehari sahaja tanpa sebarang penginapan untuk bermalam. Perjalanan ini sebenarnya telah dirancang oleh kakak saya iaitu Kak T, dan saya hanya menyertainya pada waktu-waktu terakhir. Segala urusan pemandu (Supir) telah diuruskan oleh Kak T sendiri.
Disebabkan rumah kami berada di kawasan Johor Bahru, kami telah menetapkan untuk keluar rumah pada jam 7 pagi dan merancang untuk mengambil feri yang paling awal. Ya, perjalanan ke Batam hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Jeti Berjaya Waterfront, Johor Bahru.
Untuk pengetahuan, feri yang kami naiki mempunyai 2 tingkat. Jadi, sempat jugalah kami bergambar diatas deck untuk menikmati pemandangan laut dan dijadikan sebagai kenang kenangan.
Dalam perjalanan ini, agak bosan juga kerana tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Jadi, pilihan utama adalah tidur saje la. Hehe. Kapten feri pula pasang lagu-lagu klasik Indonesia. Ditambah pula waktu hujan diluar, memang membuatkan kami seperti hendaktidur saja kan. Haha.
Selepas 2 jam perjalanan, akhirnya, kami selamat sampai di Jeti Batam pada pukul 9.45 pagi (waktu tempatan). Oh ya, jam di sana adalah 1 jam lewat berbanding di Malaysia. Kira, awal jugalah kami sampai disana. Namun, suasana di Jeti dah meriah dengan kelibat pelancong yang kebanyakkan datang dari Singapura. Urusan Imigresen di sini mengambil masa sekitar 30 minit.
OK, sampai sini dulu. Nanti saya sambung cerita aktiviti yang kami lakukan di Batam di bahagian seterusnya. Jumpa lagi ya. :)
Trip ke Batam, Indonesia (Bhg. II)
No comments:
Post a Comment