Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini, saya bercadang untuk berkongsi rahsia bagaimana saya membuat RM10 ribu yang pertama saya. Jika anda sudah terlepas dengan Tips 1 sebelum ini, sila klik di sini. Walaubagaimanapun, ini adalah berdasarkan pengalaman saya, dan anda dinasihatkan untuk mendapatkan penjelasan dan nasihat daripada pakar sekiranya ingin berbuat perkara yang sama. :)
Pada ketika saya berusia 23 tahun, saya mula terfikir untuk membeli sebuah rumah kerana ketika itu, saya memikirkan adalah sangat rugi jika saya terus menyewa rumah di kawasan Taman Melati, Kuala Lumpur. Sewa untuk sebilik adalah sekitar RM400 termasuk dengan bil air, elektrik dan internet. Jadi, apa yang saya lakukan adalah dengan melayari website www.mudah.my dan melihat jika ada rumah yang ingin dijual berdekatan dengan LRT.
Alhamdulillah, rezeki saya pada masa itu, diketemukan dengan seorang yang sedang ingin menjual rumahnya secara "Urgent" kerana ingin menggunakan wang secepat mungkin untuk membiayai perniagaannya. Rumah yang dimaksudkan adalah rumah flat di kawasan Seksyen 1, Wangsa Maju.
Sekadar gambar hiasan.
Antara sebab saya nekad membeli rumah ini adalah:
1. Berdekatan dengan LRT
Ya, ini adalah kriteria pertama yang saya fikirkan iaitu ianya mestilah berdekatan dengan LRT. Ini untuk memudahkan saya ke tempat kerja tanpa mengharungi kesesakan lalu lintas.
2. Pusat membeli belah yang dekat
Disekitar rumah saya ini, terdapat beberapa Plaza membeli belah yang utama. Antaranya ada Aeon Wangsa Maju, Wangsa Walk dan KL Festival City. Ini menjadi sebab kerana ianya boleh menjadi tempat untuk saya membeli-belah atau sekurangnya dapat mengurangkan tekanan kerja dengan window shopping.
3. Pengangkutan awam yang banyak
Di depan rumah saya ini, terdapat hub bas Rapid KL dan juga tempat perhentian teksi. Jadi, ianya memudahkan saya jika saya memerlukan pengangkutan awam ini sebagai alternatif kepada LRT.
4. Harga yang munasabah
Ketika saya membeli rumah tersebut, harga untuk kawasan sekitar tersebut adalah dalam lingkungan RM85-RM100 ribu. Ya, ini harga rumah flat, bukan rumah atas tanah. Tapi disebabkan oleh LRT di depan rumah, jadi saya rasa, ianya adalah sesuatu yang berbaloi.
Jadi, bagaimana saya membuat RM10k pertama saya? Seperti yang anda semua maklum, kita boleh berpakat dengan penjual untuk menaikkan harga semasa membuat perjanjian S&P. Dari situ, kita boleh meletakkan harga maksima yang pihak bank sedia untuk terima mengikut nilai pasaran yang telah dirujuk kepada pakar penilaian hartanah.
Apa yang saya buat adalah dengan menaikkan harga original iaitu RM93k kepada RM115k di dalam S&P. Pihak bank pula akan memberikan 90% pinjaman dari harga S&P iaitu RM103.5k. Jadi, selebihnya iaitu dalam RM10.5k, saya terima dari penjual asal tersebut dan ini dikira sebagai duit yang boleh digunakan untuk membuat renovasi rumah.
Itulah serba sedikit bagaimana saya menjana RM10k yang pertama saya. Bagaimana dengan anda pula? Sudi-sudilah kongsikan disini. :)
Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya trip ke Bukit Tinggi ini dah lama saya dan keluarga pergi iaitu pada 16 Disember 2014. Namun, baru hari ini saya rasa agak sesuai untuk berkongsi dengan anda semua.
Sebenarnya, perjalanan ini adalah rancangan last minute yang saya buat untuk meraikan ulang tahun perkahwinan saya dengan isteri. Ya, ini ulang tahun yang ke 2. Ok, saya senaraikan dibawah ini antara sebab-sebab saya memilih Bukit Tinggi sebagai tempat percutian kami:
1. Jarak perjalanan yang dekat
Perjalanan kami dari rumah di Desa Petaling ke Bukit Tinggi hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Ini termasuk dengan beberapa kali persinggahan di stesyen minyak untuk ke tandas. Pada hari itu, hujan turun disebalah pagi. Jadi suhunya agak sejuk pada waktu itu.
2. Tidak memerlukan kos yang tinggi
Tiket masuk ke Bukit Tinggi agak rendah juga walaupun tidak percuma. Tiket untuk seorang dewasa adalah sebanyak RM12 sahaja. Bagi saya, ianya berbaloi juga kerana kita dapat menikmati udara yang betul-betul segar di puncak bukit tersebut. Ditambah lagi dengan cuaca yang sejuk selepas hujan, ianya memang betul-betul menyamankan.
3.Tidak memerlukan hotel penginapan
Ya, kami sekeluarga tidak menginap di hotel kawasan tersebut. Lagi-lagi pada cuti umum dan juga last minute punya rancangan, harga hotel disitu agak mahal ketika itu. Lagipun, jarak perjalanan yang dekat memudahkan kami sekeluarga untuk balik hari saja.
4. Isteri suka melihat pemandangan kehijauan
Percutian kali ini langsung tidak ada kaitan dengan pulau atau kawasan pantai. Ini adalah kegemarannya melihat kehijauan alam ciptaan tuhan. Jadi, tidak salah untuk anda menggembirakan pasangan anda juga dengan pergi ke tempat yang dia inginkan.
Keseluruhannya, percutian kami kali ini memang best. Ianya dekat dan juga agak menjimatkan kos berbanding jika pergi ke tempat lain. Ianya sesuai untuk menjadi tempat percutian untuk mengambil gambar bersama keluarga. Nikmatilah udara yang segar ini sementara ianya masih kekal lagi. Kita tidak pasti jika akan ada projek pembangunan yang boleh melenyapkan keindahan di kawasan in seperti apa yang berlaku di Cameron Highlands pada masa hadapan. Jom layan gambar saya dan keluarga di sana.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Jika anda terlepas membaca bahagian 1 sebelum ini, sila klik di sini. Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda apa cabaran yang saya hadapi ketika ingin membeli kereta. Cabaran ini hanya terpakai kepada saya, dan mungkin tidak terpakai untuk anda. Jadi, anda bacalah dan hadamnya seorang diri. :)
1. Kereta yang ingin dibeli. Jika anda ditempat saya, pasti anda inginkan kereta yang berkualiti dan pada masa yang sama, ianya adalah ''Value for Money". Bila kita kata value for money, jarang kita akan dengar yang kereta Proton adalah kereta yang sesuai untuk istilah ini. Rata-rata pengguna di internet menyatakan bahawa kereta Proton adalah "Overpriced" atau terlebih harga berbanding dengan harga kereta import yang diketahui mahal disebabkan oleh cukai. Rata-rata dari ahli keluarga juga mencadangkan kepada saya untuk membeli kereta seperti Nissan Almera, Honda City atau Toyota Vios. Tapi, disebabkan bajet saya yang agak terhad, saya harus memilih kenderaan yang sesuai dan yang mampu untuk saya membayarnya pada setiap bulan. 2. Pinjaman bank
Sebenarnya, ketika saya membuat keputusan untuk membeli kereta pada 21 Disember 2014, ianya adalah sudah agak lewat. Lewat disini adalah kerana promosi diskaun sebanyak RM8 ribu yang ditawarkan oleh Proton akan berakhir sehingga 31 Disember 2014. Ini bermakna, saya hanya mempunyai 10 hari sahaja atau lebih kurang 6 hari bekerja sahaja untuk mendapatkan pinjaman bank. Seperti yang diduga, bukan semua bank yang mahu terima cadangan saya untuk membeli kereta ini memandangkan saya tidak mempunyai pendapatan. Antara bank yang saya pergi adalah Hong Leong Bank, BSN, Bank Rakyat, RHB, Al-Rajhi, Kuwait Finance House, Maybank dan yang terakhir sekali adalah Public Bank. Public Bank ini adalah bank panel kepada dealer kereta tersebut. Boleh dikatakan, hampir separuh bank yang tidak mahu pun memberikan pinjaman kepada saya. Maksud saya, saya ingin menghantar dokumen berkaitan pinjaman, namun mereka telah menolak mentah-mentah dengan berkata "Ini polisi syarikat kami untuk tidak memberikan pinjaman kepada mereka yang tidak berpendapatan". Apapun, ada juga bank yang sempat saya pergi dan berikan dokumen yang diperlukan. Sehingga ke hari ini iaitu 24 Disember 2014, saya masih belum mendapat apa-apa jawapan dari mana-mana bank. Ini bermakna saya hanya ada 4 hari bekerja sahaja lagi untuk mendapatkan pinjaman!
3. Penjamin
Pada asalnya, saya bercadang untuk tidak menggunakan sebarang penjamin. Bukan apa, ianya akan memberikan persepsi yang kurang baik jika kita inigin mendapatkan penjamin. Walaupun saya mampu bayar bulanan kereta ini, namun pihak bank masih lagi berdegil menyatakan mereka memerlukan sesuatu sebagai jaminan yang saya mampu untuk membayarnya pada masa hadapan kelak. Disebabkan oleh tempoh masa yang agak singkat, saya memberanikan diri untuk menanya abang saya jika dia sudi menjadi penjamin. Akhirnya, dia bersetuju. Lalu saya kumpulkan semua dokumen yang diperlukan seperti salinan IC, lesen memandu, slip gaji 3 bulan yang terkini dan juga penyata bank. Cepat-cepat saya emelkan dokumen tersebut ke semua bank yang saya tulis diatas.
Adakah pinjaman saya akan diluluskan oleh pihak bank? Dan pihak bank yang manakah yang sanggup mengambil risiko dengan memberikan pinjaman kepada saya? Saya akan kongsikan di entri berikutnya selepas saya mendapat kepastian dari pegawai bank berkaitan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tajuk hari ini adalah berkaitan dengan pengalaman saya cuba membuat pinjaman kereta, tetapi dengan senario dimana saya tidak mempunyai pendapatan yang diperoleh buat tempoh masa 9 bulan. Seperti yang anda sedia maklum, saya sekarang ini sedang mengambil cuti tanpa gaji selama 9 bulan bertujuan untuk mempercepatkan proses menghabiskan silibus ACCA.
Baiklah, sebenarnya dah lama juga terfikir untuk membeli kereta baru. Maklumlah, kereta yang sedang saya pakai sekarang ini sudah berusia lebih dari 15 tahun. Walaupun masih OK, namun saya sentiasa rasa seperti tidak selamat terutama sekali apabila hendak berjalan jauh dari KL-JB. Hampir setiap kali balik, saya akan membelanjakan sedikit duit untuk servis mahupun kerosakan yang berlaku ketika berada di Johor. Jadi, setelah berfikir agak lama, saya telah membulatkan hati untuk mengambil kereta baru yang pada pendapat saya, saya mampu untuk membayarnya pada setiap hujung bulan.
Bagaimana ianya bermula? Sebenarnya, dah lama saya memendamkan rasa untuk memiliki kereta baru. Selepas hampir 5 tahun bertugas di syarikat minyak negara, saya rasa, sudah tiba masanya untuk menikmati penggunaan kereta baru. Rata-rata graduan, akan terus membeli kereta baru selepas sebulan dua bekerja. Namun, saya mengambil masa agak lama, iaitu 5 tahun untuk membuat keputusan ini. Kereta sekarang iaitu Proton Iswara, masih lagi elok untuk dipakai. Ianya boleh dikatakan masih lagi sedap kerana tidak ada keluar bunyi yang kasar di bahagian enjin. Perkara ini telah di verified oleh mekanik di beberapa tempat yang saya pergi. Namun kerosakan kereta yang berlaku pada 3 November lalu menjadi titik tolak kepada saya untuk membuat keputusan samada saya PERLU beli kereta baru atau tidak. Dan ya, selepas beberapa analisa/ kajian yang saya lakukan terhadap kedudukan kewangan saya, serta pendapat dan juga harapan dari orang tua, saya telah memberanikan diri untuk membeli kereta baru ini. Sudah pasti, banyak halangan yang saya tempuhi ketika percubaan untuk membeli kereta ini. Adakah anda ingin mengetahuinya? Saya akan kongsikan di entry yang seterusnya. InshaAllah. :)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Semoga anda terus sihat hendakNya. Hari ini saya ingin berkongsikan ulasan untuk sebuah buku yang pada pendapat saya, ianya sangat membantu saya dan mungkin juga anda, untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Buku yang saya maksudkan adalah The Quotable Billionaire yang ditulis oleh Steven D. Price.
Walaupun saya tidak pernah mengenali penulis buku ini, namun saya berpendapat buku ini penuh dengan tips dan juga kata-kata semangat yang sememangnya mampu membakar semangat anda. Tidak perlu risau jika anda bukan seorang usahawan ataupun ahli perniagaan kerana buku ini dengan jelas telah memberikan semangat kepada semua kategori pembaca, termasuklah kepada saya sekali iaitu seorang penganggur muda. Di dalam buku telah dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti Rahsia Kejayaan, Kepimpinan, Pelaburan dan juga banyak lagi kategori. Antara beberapa ayat atau ucapan yang pernah dilakukan oleh pemimpin perniagaan dan saya sangat menggemarinya adalah seperti berikut: "If you can actually count your money, then you are not really a rich man." - J. Paul Getty "Anyone can be a millionaire, but to become a billionaire you need an astrologer." - J.P. Morgan "The real measure of your wealth is how much you'd be worth if you lost all your money." - source unknown Kata-kata semangat dan juga motivasi ini sepatutnya dapat memberikan kita inspirasi untuk terus bangkit dan lebih berjaya pada masa hadapan. Oleh itu, rancanglah masa hadapan anda supaya anda juga terus kaya dan berjaya!. Insha Allah.
Social Counter