Jika kita tanya pada individu yang berjaya diluar sana, pasti disebalik kejayaan mereka tersemat beberapa panduan yang menjadi pegangan hidup mereka. Menjadi lumrah manusia, yang hanya kuat semangat dan berusaha keras sahaja yang mampu mencapai tahap kebebasan kewangan.
Di dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi beberapa strategi dan panduan yang dipegang erat oleh individu yang berjaya. Untuk hari ini, saya akan kongsikan startegi yang paling utama atau paling penting yang sepatutnya kena ada pada diri kita semua.
1.Sikap
Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang
anda lakukan, itu ialah sikap.Albert Einstein pernah mengatakan bahawa sikap merupakan 99% penentu
kejayaan atau kegagalan seseorang. Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda
mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan.
Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja – apa juga yang
anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti
yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda bangun
lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan
berkata kepada diri anda sendiri “ OK, hari ini aku terlewat bangun, sekarang
aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”.
Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh
mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif. Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan
anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha.
Tampalkan satu nota di
atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”. Apabila anda melihat nota itu, berhenti
sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika
ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan
kerja yang anda lakukan.
Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan
menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan
biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan
fikirkan “Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat
kerja yang saya suka !”. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa
perbezaannya.
