Hari ini kita berbicara berkaitan dengan keperluan manusia. Carta dibawah adalah merupakan idea yang di tulis oleh Abraham Maslow. Carta ini menerangkan bagaimana setiap keperluan manusia mesti ada kaitan dengan wang. Pastikan anda menganalisa dan mendalami setiap keperluan asas dalam kehidupan manusia dan cuba sesuaikan dengan keperluan anda.
KEPERLUAN HIDUP MANUSIA KAITAN DENGAN KEWANGAN
1. Agama / Spiritual
Kos pembinaan masjid sekarang ini melambung setiap tahun. Setiap sen yang anda dapat berikan ke masjid memang cukup bermakna! Sekarang ini juga terdapat ramai fakir miskin dikalangan masyarakat kita. Lihat saja di kejiranan kita. Jika di KL, individu yang berpendapatan RM3000 kebawah ditakrifkan sebagai miskin bandar! Jadi jika kita dapat membantu saudara kita, ianya adalah sangat bagus.
2. Cinta & Kasih Sayang
Di Malaysia, anda perlukan sekurang-kurangnya RM20,000 untuk berkahwin! Itu hanyalah anggaran sahaja. Ianya banyak bergantung kepada individu yang mempunyai pelbagai citarasa yang sememangnya akan meningkatkan kos perkahwinan.
Kos untuk melahirkan anak, menghantar anak-anak ke sekolah hari ini cukup memeningkan kepala! Tidak termasuk kos kenduri-kendara anak-anak anda nanti! Seorang rakan kerja ditempat saya memberitahu bahawa kos bersalin isterinya mencecah RM12 ribu di sebuah Hospital swasta di ibu negara. Saya tidak pasti adakah itu benar, tetapi jika benar, anda seharusnya lebih bersedia untuk memikirkan tempat yang anda ingin bawa apabila isteri anda bersalin nanti.
4. Kesihatan
Tahukah anda kos untuk membeli perubatan naik hampir 5% tiap-tiap tahun dan kebanyakan ubat yang terbaik datang dari negara luar? Kesihatan adalah kurniaan Ilahi yang harus kita jaga dengan semaksima mungkin. Anda tidak memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan jika anda mempunyai inisiatif untuk mengamalkan gaya hidup sihat mulai hari ini.
5. Ilmu
Universiti bukan suatu tempat yang murah! Pergi ke sekolah sekarang ini pun sudah cukup menggunakan duit yang banyak. Duit untuk perbelanjaan harian sahaja mencecah RM5 sehari. Kos pengangkutan yang meningkat saban tahun. Sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda menjadi buta huruf? Diperli, diejek kerana konon-kononnya tidak cukup pelajara? Semuanya bergantung kepada anda sekarang.
