Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Keempat & Terakhir
FAAS
6/26/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jika anda ingin membaca post lain berkaitan dengan HCMC, anda boleh klik dibawah ini:
Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Pertama
Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Kedua
Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Ketiga
Hari ini adalah hari terakhir kami berada di HCMC, Vietnam. Rancangan hari ini hanyalah untuk membuat short trip ke kawasan tumpuan pelancong di sini dengan hanya menaiki teksi. Ya, naik teksi, dan turun untuk bergambar, kemudian naik semula untuk ke destinasi seterusnya.
Disebabkan jadual penerbangan balik ke Kuala Lumpur adalah pada jam 3.05 petang, maka sempatlah kami berjalan sekejap dan membuat pembelian barang-barang di Pasar Ben Than buat kali terakhir. Pada pagi ini, trip bermula pada jap 8.00 pagi dengan menaiki teksi Vinasun.
Tempat pertama yang kami lawati adalah di Ho Chi Minh Museum. Kami tidak masuk ke dalam, hanya bergambar dari luar sahaja. Di sini juga kami mengambil gambar berlatarbelakang sebuah kapal kayu. Pemandangan yang sangat cantik.
Seterusnya, kami menuju ke Masjid Jamek di Bandar Ho Chi Minh. Disebabkan kami pergi pada waktu pagi, maka tidak nampak sangat jemaah di sekitar ini. Namun begitu, masih juga terserempak dengan beberapa orang warga Malaysia di sini.
Selepas itu, kami hanya berjalan kaki sahaja menuju ke Opera Theater. Di kawasan ini, terletaknya beberapa bangunan yang menarik dan cantik reka bentuknya. Beberapa keping gambar berjaya kami rakamkan sebagai kenang kenangan.
Kaki ini terus melangkah dengan gigihnya menuju ke destinasi seterusnya iaitu People Committee Hall. Bangunan berwarna kuning ini mempunyai rekaan dari France dan dibina sekitar tahun 1902. Namun begitu, ianya tidak dibuka kepada orang awam mahupun pelancong luar. Terdapat juga satu dataran yang sangat luas di hadapan bangunan ini. Mungkin ianya dijadikan sebagai kawasan rekreasi untuk penduduk setempat.
Disebabkan oleh masa yang tidak mengizinkan, kami segera pulang ke hotel menggunakan teksi Vinasun. Walaubagaimanapun, kami sempat berkunjung di Malay Street dan juga Pasar Ben Thanh untuk mengambil gambar terakhir sebagai kenangan. Kami juga membeli beberapa barang cenderahati seperti mug dan juga T-shirt.
Tepat jam 11.30 pagi, kami check-out hotel dan segera menaiki teksi ke Tan Son Nhat Airport. Perjalanan kali ini lebih cepat dan tambang juga lebih murah iaitu hanya VND120,000. Mungkin pemandu teksi ini menggunakan laluan alternatif yang tidak tersangkut dengan kesesakan lalu lintas.
Pesawat kami berlepas tepat jam 3.05 petang dan tiba di KLIA selepas 1 jam 40 minit perjalanan. Alhamdulillah, selamat sampai ke tanahair tanpa ada sebarang masalah.

Social Counter