Tuesday, June 6, 2017

Trip ke Medan, Indonesia (Part III)

6/06/2017
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ok, mood tengah baik, jadi ingat nak karang sikit hari ke 3 kami sekeluarga di Medan, Indonesia. Kalau anda terlepas Part I dan Part II, anda boleh je klik di link tersebut.

Hari ketiga, rancangan adalah untuk ke Pasar Buah, Berastagi. Kalau ikutkan, pasar dia takde la besar sangat. Tapi buah buah disini memang nampak segar. Mungkin disebabkan oleh kedudukan kawasan in yang berada di tanah tinggi. Cuaca di sini memang agak rendah, sama macam di Cameroon Highlands.

Tapi sebenarnya sebelum kami ke Pasar Buah, kami pergi dulu ke Bukit Gundaling. Dekat sini, apa yang menarik hanyalah pemandangan berlatarbelakng Gunung Berapi. Hah, ni second time tengok gunung berapi yang masih aktif lagi. Kali pertama nampak dekat Tangkuban Parahu, Bandung. Dapatlah beberapa keping gambar dekat sini. Oh ya, kami ada juga beli gambar yang ditangkap oleh Photographer di sini. Harga macam biasa, boleh kawtim. Gambar yang diambil mereka pun memang agak cantik ditambah lagi dengan servis mengedit. Haha.







Seterusnya kami ke Pasar Buah. Dekat sini, sekadar nak melengkapkan jadual je. Ye la, tak kan nak datang Medan sebab hanya nak beli dan makan buah kan? Macam lah dekat Malaysia takde. Hehe. Sempat juga kami bergambar dengan kuda kuda dekat sini. Jadi, Alisya adalah pengalaman memegang kuda.

Ok, seterusnya kami terus ke Bandar Medan. Dalam perjalanan tu, kami singgah sekejap di Ladang Strawberry untuk aktiviti self picking. Namun, disebabkan masa dah agak tengah hari, banyak strawberry yang telah dipetik oleh pelancong lain di waktu paginya.







Perjalanan ke Medan melalui jalan yang menurun bukit. Jadi jalannya agak bengkang bengkok sikit. Kami tiba di bandar Medan dalam petang camtuh. Hah, tapi dalam perjalanan, kami rasa badan Alisya dah macam panas sikit. Mungkin sebab perubahan cuaca dari sejuk ke panas kot. Terus cari Apotek yang berdekatan untuk beli ubat demam.

Hotel yang kami check-in kali ni adalah Hotel LePolonia by Topotel. Hotel ni memang terbaik. Bilik dia memang cantik seperti Hotel 5 bintang. Saya sarankan anda ke sini jika datang ke Medan.






Aktiviti petang, kami pergi ke Museum Upside Down. Kalau ikut info yang saya baca, museum ni agak baru di Medan. Boleh jadi tarikan terbaru disini sebab kenapa saya cakap ni adalah kerana, pemandu kami, Supir Andika pun tak pernah bawak pelancong datang ke sini lagi. Haha.












Lepas tu, terus ke Zulaika Bika Ambon. Beli sikit buah tangan untuk orang Malaysia. Taste dia, boleh tahan juga. Ni tempat wajib datang ke sini.

Seterusnya, kami ke Shopping Mall yang berdekatan. Plan ke sini nak tengok juga cara orang Medan berbelanja. Tapi rasanya sama je kot dengan orang kita. Haha. Makan malam, kami makan ikan bakar. Lama juga la nak cari kedai makan ni, sebabnya Supir pun dah lama tak datang ke sini, tapi sebab dia nak jumpa kawan supir yang lain, tu yang datang ke sini sekali. Kami ok je.. makan ikan bakar tuh. :) Lepas dinner, kami terus ke destinasi wajib juga iaitu Ucop Durian. Saja je nak merasa durian Medan ni. Tapi rasanya sama je dengan dekat Malaysia, cuma di Malaysia lagi best kot sebab adanya Musang King dan Udang Merah. Hehe..




Hari ketiga berakhir. Syok datang negara orang. Ingat plan nak datang lagi, tapi mungkin ke area Jogjakarta pula kot.

Jumpa lagi..

Tuesday, May 30, 2017

Trip ke Medan, Indonesia (Part II)

5/30/2017
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hah, dah lama rasanya saya tidak kemaskini perjalanan kami ke Medan, 2 bulan lalu. Dalam Part I aritu, saya dah kongsi tentang perjalanan kami untuk hari pertama, sekarang ni saya nak kongsi tenang hari ke 2 pula.

Pagi-pagi lagi, kami bangun awal untuk hirup udara segar dan melihat pemandangan Danau Toba dari hotel kediaman. Suasan memang cantik. Hotel yang kami inap masa hari pertama adalah Hotel Patra Jasa Parapat Medan. Hotel dekat sini jauh dari kedudukan bandar Parapat, tapi, pemandangan dari sini sangat cantik sebab ianya berada di atas bukit. Selepas sarapan pagi, kami terus ke Jeti untuk menaiki bot ke Pulau Samosir. Hah, dekat tasik ni, ada pulau plak tuh. Tak banyak aktiviti yang kami buat disini. Hanya pergi ke Makam Raja di sini saja.







Selepas tuh, kami sempat makan tengah hari di Bandar Parapat. Macam biasa, makanan yang disediakan memang banyak berbanding jumlah kami yang hanya bertiga. Dekat sini, sempat juga kami merakamkan gambar kenang kenagan di tempat yang sangat terkenal di Danau Toba, iaitu I Love Danau Toba.







Kami teruskan perjalanan ke Bukit Indah Simarjarunjung. Dekat sini, apa yang paling terkenal adalah teh badrek (teh halia) dan juga pisang goreng. Disebabkan saya tidak berkenan sangat dengan teh halia, then saya pilih minum air kopi je. Pemandangan di sini memang cantik. Berbaloi ke sini, walaupun masa yang diperuntukkan adalah agak terhad.





Seterusnya kami singgah ke Air Terjun Sipisopiso. Difahamkan, ianya berada di paling hujung Danau Toba. Saya juga rasa, air terjun inilah yang telah membekalkan air yang berterusan ke dalam Danau Toba ni. Hah, aktiviti dekat sini memang takde la selain hanya ambil gambar air terjun. Macamlah dekat Malaysia takde kan? Haha. Dah alang alang sampai sini, ambil je la beberapa keping gambar sebagai bukti dah samapi ke Medan. (^_^). Kami juga ambil beberapa keping gambar yang diambil oleh Photographer disana. Pendapat saya, gambar yang mereka ambil adalah agak cantik berbanding kami punya, dan harga untuk sekeping gambar pun tidaklah begitu mahal.






Ok, dah puas bergambar disini, destinasi seterusnya adalah ke Berastagi. Perjalanan yang agak jauh dari satu tempat ke tempat lain, agak meletihan kami. Namun, rasanya berbaloi juga bila dapat tengok negara orang kan. Hah, nak cakap. sepanjang perjalanan kami di Medan, akan perasan beberapa kedai makan yang tulis B1 dan B2. Nak tahu tak apa maksud antara dua ni? nantikan post yang seterusnya ya. Hehe.

Di Berastagi, kami menginap di Hotel Green Garden. Hotel yang agak cantik dan juga bersih. Tapi kami tiba hotel ni dah dekat Maghrib, jadi tiada aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu malam. Sarapan malam kami di kedai Western, tapi makanan takde la western sangat. Haha. Ok lah. Kita sambung ke Part III plak nanti.




Jumpa lagi..

Tuesday, May 2, 2017

Trip ke Medan, Indonesia (Part 1)

5/02/2017
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Rasanya, dah lama tak kemaskini blog ini. Kalau ikut tarikh post yang terakhir, memang sudah lama. Hehe..

Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik. Keluarga yang sakinah mawaddah. Alhamdulillah..

Ok, kali ni, nak share tentang trip yang telah saya rancang dan enjoy 2 minggu lepas iaitu pada 13 - 16 April 2-17, di mana saya dan keluarga telah terbang ke Medan, Indonesia. Trip kali ni, saya telah membuat tempahan melalui agen tempatan iaitu Herry Medan. Bagi saya, harga yang ditawarkan oleh Pak Herry sangat berpatutan, apatah lagi selepas saya membuat perbandingan di MATTA Fair 2017 di PWTC tempoh hari.

Rancangan nak ke Medan ni adalah secara tiba-tiba je. Haritu tengok tiket flight ke Medan macam murah, dan kebetulan pulak dah lebih dari setahun Asilah tak naik flight, so bawak la dia and sorang puteri ni ke Medan. Alaa.. banyak tulis plak kan.. Anda mesti nak tengok gambar banyak-banyak kan? Hehe.. Jom layan gambar..

Tempat wajib ambil gambar bila di Medan

 Bersama supir Andika - seorang yang peramah dan baik

 Didalam kedai Paten - kedai yang menjual barang berasaskan kacang-kacang.. Antara yang popular adalah Tengteng, Tongtong..

 Bergambar sekali dengan kereta supir.. Bersih dan selesa.
 Diruang swimming pool Hotel Patrajasa. View memang terbaik!

 Di depan lobi hotel.

 Sebab kami sampai sini dah agak petang, jadi kami dapat lihat pemandangan ketika sunset. Oh ya, semua bilik di hotel ini memang menghadap Tasik Toba.

Sajian makan malam kami di Parapat. Restoran masakan Minang.

Inilah antara lauk pauk yang disediakan. Bagi kami, lauk yang disediakan memang banyak sekali. Tak habis kalau makan berdua.

Flight yang kami ambil kali ini adalah menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines. Masa beli tempoh hari, saya dapat beli pada harga RM489 untuk 2 dewasa dan 1 infant. Kira ok la kan.. siap dengan luggage 30KG lagi.

Hari pertama ni tak banyak aktiviti sangat. Sebab perjalanan dari airport ke Parapat ni pun dah ambil masa dalam 4 jam gitu. Bila sampai dah petang, takde aktiviti sangat yang boleh kita buat. Banyak habiskan masa duduk didalam hotel je.

OK, nanti sambung dekat Part II ya.


Sunday, July 24, 2016

Nota Kewangan 4

7/24/2016
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


1. Kad kredit adalah satu keperluan. Namun begitu, ianya adalah keperluan hanya kepada orang yang pandai menggunakan dan menguruskan kad kredit mereka sahaja.



2. Jika anda bukan dalam kategori ini, saya nasihatkan supaya tidak menggunakan keistimewaan kad ini. Sekali pakai, anda akan ketagih untuk terus menggunakannya.

3. Satu perkara yang anda perlu tahu tentang kad kredit ini adalah, ianya sangat mudah untuk diperolehi, tetapi caj faedah yang dikenakan adalah agak tinggi berbanding instrument kewangan yang lain.

4. Kebanyakkan bank mengenakan caj sebanyak 1.5% per bulan atau sehingga 18% setahun. Secara relatifnya, ianya adalah tinggi.

5. Walaubagaimanapun, kad kredit ini sangat membantu kepada mereka yang bijak menguruskan. Sudahlah dapat menggunakan duit pada waktu terdesak, kita boleh juga mendapat mata ganjaran seterusnya boleh ditukarkan kepada bentuk voucher atau hadiah.



6. Rule of thumb untuk menggunakan kad kredit adalah, membuat bayaran semula kepada bank sebaik sahaja anda telah swipe membeli sesuatu. Seperti saya, saya disiplinkan diri untuk membeli barang yang saya boleh bayar semula dalam tempoh masa singkat.

7 . Jika saya tidak mempunya tunai, saya akan tangguhkan dulu hajat untuk membeli barang tersebut.

8. Mula-mula memang susah, namun anda akan rasa manisnya apabila anda tidak perlu membayar ansuran yang tinggi beserta dengan faedah sekali pada masa hadapan.

Tuesday, July 12, 2016

Nota Kewangan 3

7/12/2016
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



1. Rumah adalah satu keperluan. TIdak kira samada rumah sewa mahupun rumah beli. Membeli rumah samada baru atau subsale, menjadi impian semua pasangan yang telah berumahtangga.



2. Namun, untuk membeli sebuah rumah, banyak perkara yang harus difikirkan sebelum sebarang keputusan boleh dibuat.

3. Antara salah satu faktor adalah keperluan menyediakan deposit pembelian. Untuk kebanyakkan orang yang pertama kali membeli rumah, mesti anda tercari-cari, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meminimumkan pembayaran deposit rumah ini.

4. Berikut adalah beberapa tips ringkas yang terbukti berkesan untuk mengurangkan bayaran deposit ini, atau mungkin juga tidak perlu langsung.

5. Membeli rumah secara terus dari pemilik asal atau subsale. Dengan cara ini, anda boleh meminta penjual tersebut untuk mark-up sebanyak 10% (atau beberapa % ikut persetujuan kedua belah pihak) dari harga sedia ada. Pastikan harga selepas markup adalah harga yang boleh diterima oleh pihak bank.

6. Membeli rumah terus dari pemaju. Kebanyakkan pemaju perumahan sekarang ini memang membuat promosi gaya ini untuk menjual unit mereka. Biasanya mereka akan meletakkan harga S&P adalah 10-20% lebih dari harga yang mereka tetapkan.

7. Jika penjual atau pemaju tidak bersedia dengan 2 cara diatas, anda boleh pula memohon untuk mengurangkan harga atau dengan kata lain, memohon rebat untuk pembelian ini. Jika mereka bersedia mengurangkan sebanyak 3-5 ribu pun, anda dah jimat banyak. Boleh gunakan duit ini dengan perkara lain yang penting.




8. Boleh juga anda menggunakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan seperti program Youth Housing Scheme oleh BSN. Dengan program ini, kerajaan akan membayar sebanyak RM200 setiap bulan, selama 2 tahun. Ini sudah pasti dapat meringankan beban anda yang baru sahaja mempunyai komitmen untuk membayar ansurang bulanan rumah. Jika anda bertuah dan terpilih, Alhamdulillah.

Thursday, June 30, 2016

Nota Kewangan 2

6/30/2016
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1.       Menjadi rakyat Malaysia, anda harus tahu sistem kewangan berfungsi disini. Secara jujur, saya juga masih lagi belajar system ini disebabkan tahap kompleks sesuatu produk.



2.       Di Negara kita, pinjaman peribadi adalah sesuatu yang  biasa. Ada permintaan, ada juga penawaran.

3.       Unik di Malaysia, permintaan untuk pinjaman peribadi adalah agak tinggi. Terdapat pelbagai factor yang mendorong permintaan tinggi ini. Antaranya, tahap pendapatan seisi keluarga yang relatifnya rendah, kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun.

4.       Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang pinjaman peribadi adalah kadar faedah (interest), tempoh pinjaman, jumlah pinjaman.

5.       Secara mudah, perkiraan kadar faedah adalah seperti berikut - 

Jumlah Pinjaman X Kadar Faedah X Tempoh Pinjaman (Tahun).

6.       Semakin banyak jumlah pinjaman dan semakin panjang jadual bayaran semula, maka semakin banyak juga kos faedah yang harus dibayar balik.

7.       Kadar faedah ni ada 2 perkiraan yang biasa ditawar oleh pihak bank. Kadar tetap dan kadar terapung. Walauapapun kadar faedah tersebut, anda perlu juga tahu berapa sebenarnya kadar faedah effectif (KFE) untuk pinjaman tersebut. KFE adalah kadar sebenar untuk pinjaman anda pada masa dan saat anda membuat bayaran semula.


8.       Kadar faedah terapung akan bergantung kepada perubahan Kadar Polisi Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia. Jika kadar ini meningkat, walaupun anda membayar ansuran yg sama setiap bulan, pada hakikatnya, anda akan membayar hutang + kadar faedah yang lebih tinggi dari yang sepatutnya.


Recent

recentposts

Random

randomposts