Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Ketiga
FAAS
6/26/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jika anda ingin membaca post lain berkaitan dengan HCMC, anda boleh klik dibawah ini:
Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Pertama
Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Kedua
Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Keempat & Terakhir
Sedar atau tidak, ini adalah hari ketiga berada di Vietnam. Cewah, macam sedang kemaskini di Vietnam pula. Padahal, sudah berada di Malaysia. :)
Untuk hari ketiga, kami hanya pergi ke satu destinasi sahaja iaitu trip ke Sungai Mekong. Trip ini kami tempah melalui agen yang berada bertentangan dengan hotel. Kos setiap orang dewasa adalah sebanyak USD12 termasuk sekali dengan set makanan tengah hari. Kami membuat tempahan pada hari semalam semasa berjalan jalan di sekitar sini.
Tepat jam 7.45 pagi, tourist guide telah datang menjemput kami. Selepas itu, bas ini akan pusing sekitar bandar untuk mengambil penumpang-penumpang lain yang menginap di sekitar bandar ini juga. Dalam jam 8.30 pagi, kami semua diturunkan di satu kawasan lapang untuk mengumpulkan semua peserta lain. Dalam trip kami terdapat 1 pasangan Melayu dari Terengganu dan juga satu pasangan dari Singapura.
Anggaran perjalanan sekitar 2 jam setengah. Saya perhatikan, apa yang membuat ianya menjadi lambat adalah kerana struktur jalan yang beralun dan juga kewibawaan pemandu yang hanya membawa sekitar 30 hingga 60 km/j. Dalam perjalanan juga, bas berhenti di satu kawasan tempat makan untuk berehat seketika. Kami membeli air kelapa yang berharga VND30,000 untuk menyejukkan tekak kami.
Kami tiba di Delta Mekong pada jam sekitar 11 pagi. Sesampai kami disana, bot telah sedia menunggu kami untuk memulakan perjalanan ke pulau di sekitar sungai ini. Setiap pulau mempunyai berbagai aktiviti yang tersendiri. Aktiviti pertama kami adalah melawat kawasan ternakan lebah. Lebah di ternak untuk menghasilkan madu dan menjana ekonomi penduduk tempatan. Di sini juga, kami diberikan minuman teh bersama dengan madu. Diperah dengan limau, membuatkan ianya seperti rasa Air Lemon Tea. :)
Seterusnya, kami berjalan masuk ke dalam lagi untuk aktiviti yang sangat kami nantikan iaitu menaiki sampan kecil menyelusuri bakau Sungai Mekong. Terdapat banyak sangat sampan yang berada di sini. Untuk sampan kami, terdapat 2 orang pendayung yang berusia muda dan juga senior. Oh ya, sebenarnya semua ini telah termasuk ke dalam kos yang kita bayar pada agen. Namun jika anda ingin memberi sedikit tips kepada mereka, anda boleh lakukan sebagai tanda terima kasih. Kami sendiri hanya bagi VND30,000 sahaja. Ok la tu kan. :)
Selepas itu, kami menaiki bot lagi untuk ke destinasi seterusnya iaitu pusat membuat gula gula kelapa (coconut candy). Ianya boleh dikatakan masih lagi menggunakan cara manual iaitu menggunakan tenaga buruh semata mata. Anda juga boleh membeli gula gula ini sebagai ole oleh kepada insan yang disayangi di Malaysia. Namun, saya tidak berani menjamin tahap halalnya. Huhu.
Lokasi seterusnya adalah aktiviti makan tengah hari yang disediakan oleh agen. Namun begitu, disebabkan kami meragui tahap halalnya, kami langsung tidak sentuh makanan yang diberikan. Sebagai persiapan, kami telah membawa roti dan juga tuna dalam tin dari Malaysia untuk dijadikan bekal di sini. Jadi, kami hanya memakan roti tuna sahaja. Selepas selesai makan, kami sempat bergambar di kawasan sekitar yang boleh dikatakan agak menarik juga.
Untuk acara terakhir, kami dibawa ke pulau lain untuk mendengar lagu lagu tradisional dalam bahasa Vietnam. Ianya dinyanyikan dari pelbagai lapisan umur bermula dengan yang muda sehingga ke peringkat senior. Sambil itu, kami diberikan buah buahan tropika untuk dijamu selera. Bagi kita, ianya adalah buah buahan yang biasa kita makan. Namun bagi pelacong lain, ianya adalah sesuatu yang unik.
Sekitar jam 3 petang, kami di hantar semula ke jeti untuk dibawa pulang. Tanda di jeti agak tidak bersih, namun jika sudah terpaksa untuk menggunakan, anda kena la tahan dengan baunya. Huhu. Dalam perjalanan pulang, kami semua tidur di dalam bas. Dah tidak larat lagi nak bercakap-cakap. Kami tiba di hotel pada jam 5.30 petang.

Walaupun hari minggu, jalan sentiasa penuh dengan kenderaan.
Sekitar di pasar minggu tepi jalan.
Anggaran perjalanan sekitar 2 jam setengah. Saya perhatikan, apa yang membuat ianya menjadi lambat adalah kerana struktur jalan yang beralun dan juga kewibawaan pemandu yang hanya membawa sekitar 30 hingga 60 km/j. Dalam perjalanan juga, bas berhenti di satu kawasan tempat makan untuk berehat seketika. Kami membeli air kelapa yang berharga VND30,000 untuk menyejukkan tekak kami.
Buaian dibelakang boleh digunakan untuk berehat.

Social Counter