Friday, June 26, 2015

Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Kedua

6/26/2015
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Jika anda ingin membaca post lain berkaitan dengan HCMC, anda boleh klik dibawah ini:

Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Pertama
Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Ketiga
Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Keempat & Terakhir

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda itinerary perjalanan kami untuk hari kedua. Untuk hari kedua, kami sekeluarga telah berpakat untuk meronda ronda disekitar HCMC dengan menggunakan kaki sahaja. Tepat jam 8.30 pagi, kami memulakan penjelahan kami. Destinasi yang pertama adalah mencari kedai optical untuk membuat cermin mata baru Asilah. Cermin matanya terpatah ketika anak saudara memegangnya. Terdapat banyak kedai optik di bawah hotel. Dalam sebaris tu, ada dalam 4 kedai optik. Setelah pusing-pusing dalam 3 kedai, akhirnya Asilah berkenan untuk membuat cermin mata di kedai terakhir kerana harganya yang murah dan juga dapat disiapkan dalam masa 20 minit. Jumlah yang dikenakan adalah VND600,000. Asilah cakap ianya sudah cukup murah jika hendak dibandingkan di Kuala Lumpur.


Kedai nampak macam lama, namun servis yang diberikan sangat pantas.

Selesai di kedai Optik, kami meneruskan perjalanan ke War Remnants Museum. Namun begitu, di dalam perjalanan, kami melalui satu kawasan yang sangat disukai oleh pelancong luar iaitu Water Puppet Show. Di sini, ianya dijadikan tempat hiburan yang dilakonkan oleh puppet dalam bahasa Vietnam. Waktu operasi adalah 5.00 petang, 6.30 petang dan terakhir adalah jam 7. 45 malam. Kami hanya singgah untuk bergambar sahaja.








Dihadapan Water Puppet.




Lokasi seterusnya adalah War Remnants Museum. Disini menempatkan pelbagai barang warisan perang yang berlaku antara Vietnam dan USA satu ketika dahulu. Semua peralatan perang yang dipamerkan di sini adalah peralatan sebenar yang digunakan semasa berperang dahulu. Disini, anda juga boleh terserempak dengan ramai orang Malaysia. :)








Destinasi seterusnya adalah Independance Palace. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti Reunification Palace. Jarak perjalanan dari muzium tadi ke sini adalah lebih kurang 15 mini berjalan kaki. Jika anda tidak larat untuk berjalan, anda boleh ambil teksi sahaja diluar muzium tersebut. Namun harus berhati hati, pastikan ianya Vinasun, barulah anda boleh rasa selamat sedikit dari ditipu teksi sampah lain. Menurut Wikipedia, ianya merupakan rumah rasmi dan juga pejabat bagi Presiden Vietnam Selatan pada masa itu. Di sini, kami hanya bergambar dari luar sahaja kerana ingin cepat untuk pergi ke destinasi seterusnya iaitu Central Post Office.

Di hadapan Independence Palace


Penat berjalan.

Di sini, ianya menjadi tarikan kerana seni binanya yang unik dan cantik. Ianya telah dibina pada tahun 1886 oleh Gustave Eiffel. Ianya menjadi salah satu tempat yang wajib anda lawati jika ke HCMC.

Dihadapan Central Post Office







Bertentangan Post Office, ini terletaknya Cathedral Notre Dame. Walaupun saya tidak tertarik untuk ke sini, namun disebabkan situasinya berdepan dengan Post Office, maka saya ambil sekeping 2 gambar hanya sebagai kenangan. Destinasi seterusnya adalah ke Hard Rock Cafe yang terletak di Jalan Hai Ba Trung. Di sini pun kami hanya meluang beberapa minit untuk mengambil sahaja. Nak beli barang di dalam, terasa mahal pula. Ye la, barang di dalam ini semuanya original belaka. Selepas puas berjalan di waktu pagi, kami balik ke hotel untuk berehat sebentar.







Pasa sebelah petang, kami hanya meluangkan masa berjalan jalan di sekitar Pasar Ben Than. Kali ini, memang kami mencari pelbagai jenis kain yang telah ditempah dari Malaysia. Pasar ini agak luas juga dan menempatkan pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan. Dari barang dapur hingga ke barang perhiasan diri. Pendek kata, semuanya ada. Asilah hanya membeli Lace Prada dan juga kain untuk dijadikan baju kurung. Saya pula, hanya duduk berehat sahaja sementara dia mencari kain yang diperlukan. Hampir separuh hari juga kami meluang masa di dalam Pasar Ben Thanh sehinggalah kami terus ke Malay Street dan juga Night Market yang berada di sekitar Pasar Ben Thanh.

Asilah tengah melihat lace Prada




Di Malay Street, Asilah mencari pelbagai jenis telekung dan juga tudung yang telah di pesan oleh saudara mara. Memang macam-macam corak kain telekung yang ada. Harga juga berbeza mengikut corak. Saya seperti biasa, mencari kopi ais halal untuk dijadikan penyejuk tekak. Penat bershopping, kami makan malam di kedai Amin.

Makan kegemaran : Pho Daging




Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Pertama

6/26/2015
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Jika anda ingin membaca post lain berkaitan dengan HCMC, anda boleh klik dibawah ini:

Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Kedua
Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Ketiga
Ho Chi Minh City, Vietnam : Hari Keempat & Terakhir

Alhamdulillah, selepas puas dan penat bertarung di dalam peperiksaan ACCA, kini tibalah masanya untuk saya sekeluarga pergi merehatkan diri dari kesibukan dunia seperti yang telah dikongsikan pada artikel sebelum ini. Kami sekeluarga telah merancang untuk bercuti di Ho Chi Minh City (HCMC) aka Saigon pada 12 - 15 Jun 2015 dengan menaiki pesawat Vietnam Airlines.

Baiklah, hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya pada hari pertama ke HCMC. Kami sekeluarga keluar rumah di Desa Petaling pada jam 9.30 pagi dan menuju ke TBS untuk mengambil ERL ke KLIA. Kami tiba di KLIA lebih kurang jam 11.00 pagi. Perjalanan sepatutnya tidaklah begitu lama, namun saya ingin mencuba sesuatu untuk menjimatkan tambang ERL ini. Saya akan kongsikan trik bagaimana berjimat untuk ke KLIA dengan menggunakan ERL pada artikel akan datang.

Menaiki ERL di Terminal Bersepadu Selatan


Excited sehingga tertidur di dalam ERL



Internet percuma di dalam ERL. 




Menaiki shuttle train ke Gates 21


Tertidur lagi di dalam Airport. 


Sementara nak masuk ke bahagian Imigresen, kami berehat dan makan dulu di KFC untuk isi perut yang ada kalanya berbunyi sekejap. Pesawat yang kami naiki pada hari itu telah delay selama setengah jam disebabkan oleh masalah teknikal. Walaubagaimanapun, kami selamat sampai di Tan So Nhat Airport tepat dalam 1 jam 40 minit. Mengapa kami menggunakan pesawat Vietnam Airlines berbanding Air Asia atau MAS? Hanya ada 3 sebab sahaja iaitu:

1. Makanan Halal percuma
2. Berat luggage yang dibenarkan sehingga 30kg
3. Tiket yang murah iaitu hanya RM608 untuk dua orang pergi dan balik.

Makanan Hala dalam pesawat

Di HCMC, kami menginap di Xavier Hotel. Tempahan dilakukan melalui Agoda.com dalam sebulan awal. Ianya terletak dalam 200 meter dari Pasar Ben Than. Sepanjang menginap di hotel ini, saya dan isteri sangat berpuas hati dengan layanan mesra dan juga kebersihan hotel. Sangat-sangat di galakkan untuk menempah hotel ini. Dengan menggunakan teksi Vinasun di lapangan terbang, ianya mengambil masa lebih kurang setengah jam dan kos pula adalah dalam VND160,000.

Bilik kecil, namun selesa





Sampai di hotel, kami berehat sekejap untuk solat jamak Zohor dan Asar. Kemudian, kami terus window shopping di Malay Street (Nguyen An Ninh). Pada pandangan saya, suasana di Malay Street adalah lebih meriah berbanding di Bandung, Indonesia. Mungkin kerana terlalu ramai orang Malaysia, jadi tidak terasa sangat seperti berada di negara orang. Pada hari itu, tiada sebarang pembelian dilakukan. Hanya membuat perbandingan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain.

Makan malam di Hajah Basiroh 

Menikmati Pho Dagin dan juga Kopi Ais


Wajah kegembiraan sebelum makan.



Menikmati kopi Ais. Memang power.

Sekitar di Malay Street pada waktu malam

Pada waktu malam, kami memilih Kedai Hajah Basiroh untuk mengisi perut. Kedai ini mempunyai aircond, selesa untuk membawa keluarga yang ada anak-anak kecil. Walaubagaimanapun, harga adalah sedikit lebih mahal berbanding di kedai hadapannya. Sebagai perbanding, Kopi Air di Hajah Basiroh adalah dalam VND30,000 manakala di kedai Amin hanya berharga VND 20,000 sahaja. Untuk hari seterusnya, kami banyak meluangkan masa untuk makan di kedai Amin untuk berjimat cermat. :)

Recent

recentposts

Random

randomposts