Apabila disebut sahaja nama Carlos Slim Helu, saya yakin masih ada ramai lagi diluar sana yang tidak mengenali siapa beliau. Kebiasaannya, kita akan lebih mengenali nama seperti Warrent Buffet dan juga Bill Gates. Untuk pengetahuan, Carlos Slim adalah individu ke 2 terkaya di dunia selepas Bill Gates. Ini direkodkan di dalam majalah forbes.com. Anda boleh membaca artikel berkenaan beliau di laman sesawang tersebut.
Ketika saya sedang menaip untuk membuat beberapa artikel untuk blog ini, tiba-tiba saya terbaca tentang falsafah ataupun kata-kata hikmah yang dipegang oleh beliau untuk menjadi ahli perniagaan yang berstatus bilionair.
Berikut adalah beberapa mutiara kata beliau yang boleh kita ambil untuk dijadikan panduan dalam mengembangkan perniagaan kita.
1. Saya berpendapat bahawa ketika anda menceburi perniagaan pertama kali, anda perlu memahami selok-belok perniagaan. Setelah anda memahami perniagaan ini, anda dapat membiarkan angka-angka memberitahu anda apa yang terjadi.
2. Membangunkan perniagaan dan menjadi billioanaire bukanlah suatu kemenangan. Ia adalah kompetensi; kompetensi dalam sektor anda dengan syarikat lain yang tidak memiliki rekod dalam perkara ini.
3. Sesetengah orang sangat berbakat dengan huruf (perkara bertulis) dan yang lain memiliki pemahaman yang baik dari segi angka. Anda dapat mengatur angka dengan pelbagai cara. Anda dapat membaca angka dan memahami apa yang terjadi dalam syarikat.
4. Saya berpendapat bahawa sesiapa yang memiliki hak istimewa memiliki tanggung jawab. Semua ini adalah berkenaan tanggung jawab dan kompromi.
5. Wang bukan sasarannya. Tujuannya adalah untuk membuat perusahaan semakin berkembang, menjadi kompetitif, berada di wilayah yang berbeza, menjadi efisien untuk memiliki pasukan kerja besar dalam syarikat.
6. Saya rasa kekayaan harus dilaburkan semula untuk menjana lebih kekayaan. Hasil kekayaan adalah pendapatan dan adalah penting untuk mengembangkan pengagihan pendapatan.
7. Memiliki kompromi dan tanggung jawab bukan hanya untuk diri saya dan keluarga, tetapi juga untuk pasukan pengurusan yang memiliki tanggung jawab untuk mengetahui kepentingan apa yang kita lakukan dan mengelola perniagaan dengan sempurna tanpa kehadiran saya.
Menarik bukan? Saya berharap agar info diatas dapat memberikan sedikit sebanyak nasihat yang berguna kepada anda seterusnya dapat memngembangkan perniagaan anda.
Sampai sini dulu coretan saya. Jumpa lagi di entry seterusnya. :)
Dalam keghairahan kita untuk 'menyambut' pelaksanaan GST pada 1 April 2015 ini, semakin banyak suara-suara rakyat marhaen yang menyatakan akan timbul beberapa kesan yang dikatakan berunsur negatif yang bakal di hadapi. Rata-rata mengatakan bahawa majoriti barangan di pasaran akan naik disebabkan oleh faktor cukai GST.
Namun begitu, para pelaksana cukai ini iaitu pihak Kastam DiRaja Malaysia masih lagi berterusan menyatakan bahawa pelaksanaan GST ini memberikan banyak kelebihan kepada rakyat Malaysia. Adakah ini benar? Anda sendiri boleh tafsirkan pada 1 April nanti.
Namun begitu, apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah, walaupun betapa kita tidak suka kepada GST, kita terpaksa untuk terima hakikat bahawa ianya akan tetap dilaksanakan pada 1 April nanti. Jadi, anda seharusnya telah bersiap-sedia dengan semua info dan juga ilmu untuk menempuhi era percukaian baru di Malaysia.
Jika ditanya pada saya, dengan pendapatan saya ketika ini, saya masih boleh menerima kenaikan barang akibat dari GST. Namun, kita harus melihat kepada individu atau keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita yang lebih rendah terutama yang duduk di kawasan bandar. Sudahlah kos untuk memiliki dan membayar ansuran rumah adalah tinggi, sudah pasti pelaksanaan GST akan memberi kesan yang langsung kepada mereka ini.
Kita berbicara tentang GST ini, adakah anda tahu makna GST itu sendiri? Saya ada lihat video pendek yang membuat liputan terhadap demo membantah GST di ibu kota. Apabila ditanyakan kepada mereka apa itu GST, ada di antara mereka yang masih tidak tahu makna dan cara pelaksanaannya. Pendek kata, mereka kurang jelas dengan apa yang mereka perjuangkan dalam demo tersebut. Salah seorang yang ditanya memberi jawapan GST itu adalah Government Service Tax. :)
Saya henti sampai sini dulu. Saya akan cuba kongsikan beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk sekurang-kiurangnya tidak terasa terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang. InsyaAllah, setiap persoalan dan masalah, pasti ada jawapannya. Dengan segala pengetahuan yang saya ada, InsyaAllah saya akan kongsikan info dan juga maklumat berguna dengan anda semua nanti.
Semasa saya cek email hari ini. terdapat satu email yang diterima dari iProperty yang sedang membuat hebahan iklan untuk satu lagi projek dari pemaju Mah Sing Berhad. Projek yang dimaksudkan adalah D'Sara Sentral yang bertempat di Sungai Buloh. Mari kita lihat beberapa keping gambar projek ini yang saya perolehi dari sumber internet.
Jika ada duit lebih, bolehlah membuat pelaburan pada hartanah. InsyaAllah, ianya tidak akan rugi untuk jangka masa panjang - dengan syarat pemaju yang mengusahakan hartanah itu adalah dari pemaju yang mempunyai kredibiliti dalam dunia hartanah.
Pada beberapa hari lepas, saya dah berkongsi tentang tips penggunaan kasut yang sesuai ketika berjalan keluar atau melancong ke destinasi impian anda. Hari ini, saya ingin berkongsi pula satu tips ketika menggunkan perkhidmatan awam di negara yang anda tuju. Anda disarankan untuk menggunakan perkhidmatan awam sebaik mungkin
bagi mendapatkan penjimatan dalam tambang perjalanan. Walaupun teksi juga
dikategorikan sebagai pengangkutan awam, namun tambang yang dikenakan secara
relatifnya adalah agak mahal sedikit berbanding menggunakan bas dan juga
LRT/MRT.
Lagipun, di sesetengah tempat seperti di Singapura, perkhidmatan
LRT/MRT mereka sangat efisyen dan relatifnya murah berbanding teksi. Sama juga
di negara kita. Menggunakan perkhidmatan bas dan LRT adalah agak murah
berbanding jika menggunakan teksi. Jika anda sudah tidak ada pilihan lain seperti anda
tiba di lapangan terbang pada waktu lewat malam, anda boleh menggunakan
perkhidmatan teksi yang disediakan oleh syarikat teksi berdaftar di lapangan terbang.
Kadar yang akan dikenakan pada anda biasanya sudah ditetapkan oleh pihak
berkuasa tempatan dan kadar yang dikenakan adalah berdasarkan penggunaan
kilometer seperti yang tertera di mesin pengiraan mereka. Sambil-sambil tu, perhatikan juga jika teksi ini mengambil kesempatan dengan menggunakan laluan lain. Oleh itu, anda digalakkan mempunyai peta agar anda tahu bahawa jalan yang dilalui teksi tersebut adalah laluan yang betul ke destinasi anda. Ini bagi mengelakkan anda ditipu dengan dikenakan caj yang tidak sepatutnya! Sampai jumpa lagi ya. :)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini saya ingin berkongsi tips apabila kita merancang untuk bercuti samada di dalam mahupun di luar negara. Sebaiknya, rancang
jadual percutian anda dengan penuh aktiviti yang bermanfaat. Ada sesetengah
orang bercuti untuk menenangkan minda dengan melihat kebiruan lautan. Ada pula
sesetengah orang bercuti untuk membeli belah di kawasan membeli belah terkenal
seperti di Ho Chi Minh.
Namun
bagi mereka yang ingin bercuti untuk merasai pengalaman aktiviti ekstrem, anda
sepatutnya membawa kasut yang bersesuaian dengan aktiviti tersebut. Gunakan
kasut sukan jika anda ingin melakukan aktiviti bersukan atau trekking. Namun,
jika anda hanya ingin pergi membeli belah sahaja, anda sesuai untuk memakai
kasual sahaja seperti sandals di atas. Anda
tidak digalakkan untuk memakai kasut seperti bertumit dan juga kasut
pejabat jika hendak berjalan secara santai di kawasan yang ingin dilawati.
Ingat, keselesaan anda berjalan akan mempengaruhi minda dan mood anda pada hari
itu!
Social Counter