Promosi Air Asia ke Korea
FAAS
1/23/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semasa saya membuka peti emel hari ini, saya telah mendapat satu newsletter dari syarikat Air Asia untuk beberapa promosi yang sedang dijalankan oleh syarikat penerbangan ini. Mungkin disebabkan oleh kejatuhan harga minyak global, telah memberikan banyak ruang kepada pihak Air Asia untuk menggiatkan lagi promosi dan menarik semula penumpang yang rata-rata sudah kehilangan keyakinan terhadapat faktor keselamatan oleh syarikat ini berikutan berlakunya kemalangan QZ8501. Walaubagaimanapun, perkara ini telah berlaku dan diharapkan pihak Air Asia segera mengambil iktibar dari kemalangan ini.
Apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah promosi ke Korea dengan bajet serendah RM1,599 termasuk tiket penerbangan pergi balik dan juga hotel penginapan.
Walaubagaimanapun, promosi ini hanya sah laku untuk tempoh penerbangan dari 26 Jan hingga 30 April 2015. Jika anda memang ada cita-cita nak ke Seoul, Korea, mungkin anda boleh cuba untuk mendapatkan info lebih lanjut berkenaan di laman web Air Asia sendiri di sini.
Selamat melancong ya. :)


.png)



Social Counter