Panduan Melancong Ke Universal Studios Singapore
FAAS
1/08/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Diharapkan anda terus sihat sejahtera hendaknya. Hari ini, saya ingin berkongsi beberapa tips atau juga boleh dikatakan panduan bagi anda yang merancang untuk ke Universal Studios Singapore (USS). Untuk pengetahuan, saya telah pergi ke USS pada 4 Januari 2015 lepas bersama dengan isteri.
Baiklah, saya akan kongsikan cara yang saya lakukan. Jika anda tidak faham apa yang saya tulis, harap anda dapat memberikan komen di bawah atau juga menghubungi saya melalui emel.
1. Parking kereta di Terminal Bas Larkin.
Untuk parking disini, anda mesti parking di kawasan parking kereta dibelakang stesyen minyak Shell. Ini kerana, maksima caj yang dikenakan adalah RM5 sehari. Jika anda parking di dalam kawasan terminal bas, anda akan dicaj mengikut jam. Jadi, anda dapat jimat banyak juga di sini.
2. Ambil bas terus ke USS
Terdapat beberapa agen bas yang menyediakan tiket terus ke USS. Walaubagaimanapun, masa untuk setiap bas berlepas adalah berbeza mengikut bas tersebut. Ada yang gerak seawal jam 7 pagi. Secara alternatif, anda boleh juga mengambil bas express yang terus ke USS di Merlin Tower, Johor Bahru. Ianya bersebelahan City Square dan berdepan dengan Muzium KTM. Bas yang dimaksudkan adalah 707 Travel. Bas ini berwarna hijau. Tiket untuk pergi balik adalah RM10 dari Merlin Tower-USS-Merlin Tower. Anda digalakkan untuk beli tiket balik terus kerana jika anda membeli asing-asing, anda kena membayar dalam matawang SGD jika anda beli di USS.
3. Scan passport di CIQ, Bangunan Sultan Iskandar

Sebenarnya ramai juga yang kurang pasti samada passport akan di cop di sini atau tidak. Selama saya masuk Singapore, passport kita tidak di cop di Imigresen Malaysia. Ianya hanya akan dicop oleh Imigresen Singapore sahaja. Di CIQ, passport anda akan di scan oleh pegawai Imigresen. Walaupun proses scan ini sebenarnya sekejap sahaja, namun disebabkan oleh terlalu ramainya orang yang bekerja di sana dan di tambah pula dengan waktu cuti persekolahan, proses ini boleh menjadi lama terutama sekali pada waktu puncak.
4. Cop passport di CIQ Woodlands, Singapore
Secara kasar, proses imigresen di Singapore adalah lebih lama berbanding di CIQ Johor Bahru. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai sebarang masalah, proses ini akan menjadi lebih mudah. Pegawai Imigresen sana mungkin akan tanya banyak soalan jika passport anda kelihatan seperti baru atau tidak pernah cop lagi. Namun jika sebelum ini anda pernah masuk ke Singapore, proses akan lebih cepat. Anda harus menjangkakan keseluruhan proses dari CIQ Johor Bahru sehingga selesai proses di CIQ Woodlands, ianya akan mengambil masa lebih kurang 1 - 1.5 jam, bergantung pada waktu puncak atau pun tidak.
5. Naik bas semula dan terus ke USS.
Selepas anda melepasi Imigresen Singapore, anda harus berhati-hati semasa menaiki bas. Kadangkala, terdapat bas yang hampir sama yang sudah menunggu anda, namun berbeza destinasi. Jadi, lebih mudah jika anda dapat menghafal no. plat pendatfaran bas tersebut untuk melancarkan perjalanan anda. Jika anda tersalah bas, bukan sahaja anda akan pergi ke destinasi lain, mungkin anda juga akan dikenakan caj tambahan oleh pemandu bas tersebut. Dari CIQ Woodlands, lebih kurang dalam 30-45 minit perjalanan ke USS. Bergantung pada keadaan trafik dan kecepatan bas yang dinaiki anda. Bas akan berhenti betul-betul dibawah USS (parking bertingkat).
6. Beli tiket awal
Jika boleh, anda digalakkan untuk membeli tiket lebih awal. Ini kerana, saya pasti dan yakin, ketika anda sampai dan baru ingin membeli tiket, que dari pengunjung lain adalah sangat panjang. Ketika saya beratur, selepas hampir 40 minit, baru dapat sampai ke kaunter tiket. Saya dah bazirkan masa begitu sahaja. Mujurlah masa itu bukan cuti sekolah di Singapore. Jika ya, pasti que akan lebih panjang nanti. Anda boleh membeli tiket secara atas talian atau dari wakil-wakil agen pelancongan di Malaysia yang diiktiraf oleh pihak Resort World Sentosa. Jom layan beberapa gambar saya dan keluarga di sana. :)
Sampai sini saja tips dan panduan ke USS. Jika anda ada sebarang masalah, anda boleh menghubungi saya melalui emel atau di Facebook saya. Sampai jumpa lagi di entry seterusnya. :)
.png)

Social Counter