Wednesday, December 17, 2014

Bagaimana anda boleh menjana RM10 ribu pertama anda? - Tips 1

12/17/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tajuk post hari ini agak menarik bukan? Bagaimana anda boleh menjana pendapatan RM10 ribu yang pertama dalam kehidupan anda. Bukan semua orang boleh melakukannya, namun ia juga tidak harus dijadikan alasan untuk menggagalkan usaha anda mencapai RM10 ribu pertama. Mungkin, anda telah pun memperolehi RM10 ribu yang pertama melalui pelbagai usaha dan kerja yang anda sangat suka. Kalau begitu, apa kata anda kongsikan bersama saya di bahagian komen dibawah? :)



Suka saya ingatkan disini, untuk menjana pendapatan sebegitu, perkara yang paling dan paling penting dalam hidup anda adalah, anda wajib mempunyai fikiran positif yang membenarkan tubuh badan anda untuk berusaha mencapai matlamat tersebut. Jika fikiran anda masih lagi sentiasa memikirkan hal-hal negatif, sampai kesudahnya, memang tidak akan ada apa-apa yang anda boleh usahakan. Jadi, fikirlah positif setiap masa. InshaAllah, semoga usaha anda akan dipermudahkan nanti. 

Berbalik kepada tajuk kita diatas, terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan. Namun saya fikir, baiklah kita belajar sesuatu yang paling asas sekali didalam dunia pelaburan. Apa yang paling asas sekali ye? Jawapan adalah:

Tips 1 - Belajar tentang compounding interest atau kadar berganda

Jika wang yang anda ada pada hari ini adalah RM5,000 dan dibiarkan selama 10 tahun dengan kadar dividen sebanyak 8% setahun, anda akan memperoleh sebanyak RM10,795. Ya, Ianya adalah keuntungan yang anda perolehi tanpa membuat apa-apa. Biarkan sahaja di institusi kewangan yang berdaftar yang memberikan pulangan seperti diatas untuk menjana RM10 ribu anda.

Warent Buffet, seorang pelabur yang sangat terkenal di seluruh Amerika pernah berkata, di dalam dunia pelaburan, hanya ada 2 peraturan yang paling asas iaitu:

Peraturan 1 : Jangan kehilangan duit anda
Peraturan 2 : Jangan lupa tentang Peraturan 1 diatas

Ya, bunyinya agak mudah, tanpa kita selalu terlupa atau cuai tentang Peraturan 1 tersebut. Kesimpulannya, untuk menjana pendapatan yang anda inginkan, anda kena selalu ingat, walauapapun yang lakukan, janganlah membuatkan anda kehilangan duit anda!



Promosi Free Seats dari Malindo Air

12/17/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini, apabila saya buka emel saya, saya sangat teruja apabila mendapat emel dari Malindo Air yang sedang membuat promosi hebat dengan memberikan tempat duduk percuma. Ya, ini adalah strategi yang sama digunakan oleh pihak Air Asia dan nampaknya, ianya agak berkesan untuk dibuat di dalam negara kita. 


Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa promosi ini hanyalah untuk tempoh perjalanan dari 5 Januari hingga 12 Februari 2015. Bagi anda yang sudah merancang untuk bercuti, rebutlah peluang ini sementara seat masih ada lagi. 

Apapun, merancanglah dengan bijak percutian anda supaya semuanya berjalan lancar dan dapat menikmati percutian yang hebat nanti.  

Friday, September 19, 2014

Air Asia Sedia Terima Staf MAS - Bahagian 2

9/19/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jika anda terlepas membaca artikel sebelum ini, anda boleh lawati laman tersebut di sini.

Pada pandangan kasar saya sebagai seorang yang pernah bertugas didalam sektor korporat, pengurangan kos operasi adalah sesuatu tindakan yang amat sukar dibuat. Ini disebabkan apabila kos operasi dikurangkan, secara tidak langsung banyak aktiviti atau transaksi yang harus dikurangkan dan disusun mengikut keperluan dahulu. Walaubagaimanapun, untuk terus beroperasi, ini adalah satu langkah berani yang mesti diambil oleh syarikat.



Baiklah, saya akan cuba huraikan antara pro dan kontra dalam isu pengurangan tenaga kerja sesuatu syarikat:

PRO:
1. Kurang Kos Operasi
Kadanga kala, apabila pengurangan tenaga kerja (retrenchment) dilakukan, antara pekerja yang akan ditawar untuk proses ini adalah pekerja senior. Ini disebabkan oleh faktor gaji mereka yang mahal disamping faedah (benefits) lain yang agak tinggi kosnya seperti faedah perubatan, KWSP dan lain-lain.

2. Mengekalkan Pekerja Yang Berdaya Saing 
Apabila pekerja yang diambil adalah berdasarkan merit dan kualiti kerja mereka, sudah pasti syarikat akan mengekalkan pekerja yang mempunyai merit yang tinggi. Jadi, mereka tidak perlu untuk menggajikan pekerja yang sederhana atau mempunyai merit yang secara relatifnya rendah.

3. Memperkenalkan idea-idea baru
Sudah sedia maklum, apabila kita mengekalkan pekerja yang dikategorikan sebagai senior, kadang kala mereka enggan untuk menggunakan pendekatan baru dalam menyiapkan tugasan mereka. Mereka kadanga kala lebih selesa untuk menggunakan pendekatan sedia ada. Kehadiran pekerja baru atau pengekalan pekerja yang berdaya saing tinggi mampu menambahbaik kualiti sesuatu proses dalam tugasan mereka.

4. Memecahkan kesatuan kerja
Umum mengetahui, kesatuan kerja adalah penting kepada setiap pekerja demi menjaga kebajikan mereka. Ini adalah baik untuk semua pekerja. Tetapi apabila kesatuan kerja telah meminta itu dan ini tanpa melihat kepada kedudukan kewangan syarikat mereka bekerja, ini akan menjadi beban kepada syarikat. Dan pengurangan pekerja dilihat mampu memecahkan kesatuan ini. Ini hanya pendapat peribadi saya sahaja. 

KONTRA:
1. Kos Pampasan Yang Tinggi
Setiap aktiviti pengurangan tenaga kerja pasti disusuli dengan kos yang harus ditanggung sebagai pampasan kepada pekerja tersebut. Ini walaupun tidak disukai oleh pihak pengurusan, namun mereka terpaksa menyediakan pampasan ini sebagai satu bantuan kewangan sementara mereka mencari peluang pekerjaan yang lain. Dalam kes ini, difahamkan berjuta ringgit disediakan sebagai pampasan kepada mereka yang terlibat.

2. Operasi Skala Rendah - Hilang Penguasaan Pasaran
Apabila ramai pekerja telah diberhentikan, ini memberi makna bahawa syarikat lebih bersedia untuk menjalankan operasi dengan skala yang lebih kecil tetapi menguntungkan. Ini secara tidak langsung, telah mengurangkan penguasaan mereka terhadap pasaran yang selama ini menjadi sasaran mereka.

Banyak lagi yang ada di dalam minda ini, namun saya rasa cukup setakat ini sahaja coretan saya. Terima kasih kerana sudi membaca. :)



Wednesday, September 10, 2014

Malindo Air memulakan penerbangan KL-Bandung pada 19 Disember 2014

9/10/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini saya terbaca syarikat penerbangan Hybrid negara, Malindo Air akan memulakan operasi penerbangan dari KL ke Bandung, Indonesia bermula 19 Disember 2014. Sebagai seorang yang suka melancong, pastinya ini berita yang agak baik kepada kita kerana ianya dapat memberikan lebih pilihan kepada kita untuk melancong ke Bandung. Sebelum ini, syarikat MAS dan Air Asia mendominasi laluan ini. Kini, dengan adanya Malindo Air, saya pasti mereka akan bersaing dengan harga tawaran mereka.


Untuk pengetahuan, tiket Malindo Air ke Bandung akan bermula dari serendah RM99 sehala dan antara kelebihan syarikat penerbangan ini adalah seperti berikut:
1. Kapal terbang yang baru.
2. Elaun bagasi (termasuk sekali dalam harga tiket).
3. Makanan disediakan didalam pesawat.
4. Ruang kaki yang lebih besar.
5. Hiburan percuma di dalam pesawat.
Jadi, apa kata kita berehat sebentar dan singgah ke Bandung untuk membeli belah? :)
Sumber:
Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air bersedia melancarkan perkhidmatan harian antara klia2 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung, Indonesia pada 19 Disember 2014 ini.
Penerbangan itu akan berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 1 tengah hari dan tiba di Bandung pada 2.05 petang, manakala penerbangan pulang dari Bandung akan berlepas pada 2.45 petang dan tiba di klia2 pada jam 5.50 petang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Tambang promosi istimewa bermula daripada RM99, termasuk untuk perjalanan sehala bagi kelas ekonomi dan RM599 untuk perjalanan sehala kelas bisnes.
Berkuat kuasa 26 Oktober 2014, Malindo Air juga akan memulakan perkhidmatan harian ke Kota Bharu dari klia2.
Malindo Air kini menawarkan lapan penerbangan harian antara Subang dan Kota Bharu, menggunakan pesawat turbo-prop ATR72-600.

Air Asia Sedia Terima Staf MAS - Bahagian 1

9/10/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejak  pengumuman Khazanah untuk mengurangkan tenaga kerja MAS pada Ogos lalu, pastinya staf MAS adalah individu yang paling terkesan dengan keadaan ini. Selain terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi, ditambah pula dengan ketiadaan pekerjaan, pastinya ini akan menambahkan tekanan hidup mereka. 

Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/5448

http://utusan.com.my/utusan/Korporat/20140911/ko_03/AirAsia-sudi-terima-pekerja-MAS

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AirAsiasediaambilpekerja/Article/index_html

Saya sedia maklum bahawa persaingan sengit diantara syarikat penerbangan telah memaksa mereka mengurangkan kos operasi dengan drastik. Dan pengurangan tenaga kerja adalah satu langkah didalam usaha mengurangkan kos tersebut.

Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa mereka kini mampu menarik nafas lega apabila taikun perniagaan tersohor Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes membuat pengumuman mereka sanggup menyerap mereka ini didalam syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia.


Dengan pengalaman kerja yang banyak, ia sememangnya agak mudah untuk Air Asia menerima mereka kerana Air Asia mampu mengurangkan kos operasi melalui 'Training Cost'. Ditambah pula dengan reputasi mereka sebagai antara krew terbaik di dunia, ianya dapat memberikan sedikit kredit kepada Tony Fernandes dalam mengembangkan sayap perniagaannya ke beberapa destinasi yang telah dirancang mereka. 


Persoalannya kini, adakah staf MAS ini sanggup untuk berdepan karenah pelanggan yang sememangnya semuanya mahu 'low cost'? Adakah mereka sanggup untuk 'downgrade' taraf mereka dari syarikat penerbangan premium kepada syarikat penerbangan tambang murah? Dan disebabkan mereka ini sudah berpengalaman didalam industri ini, adakah syarikat Air Asia mampu memberikan pendapatan yang sama seperti yang mereka peroleh di MAS?

Saya akan cuba huraikan di post akan datang. :)


Monday, September 8, 2014

3 Tips Tukaran Mata Wang Asing

9/08/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mata wang asing adalah sesuatu keperluan apabila kita berhajat untuk mengembara dan melancong ke sesuatu tempat diluar dari negara kita. Matawang asing ini boleh dibawa dalam bentuk fizikal dan juga berbentuk cek kembara. Namun, sedarkah kita bahawa jika kita tersalah tempat untuk menukarkan matawang asing ini, kita sebenarnya berada di dalam kerugian yang besar?

Dibawah ini saya sediakan 3 tips yang berguna apabila anda merancang untuk menukar matawang asing.



1. Jangan tukar di Bank Komersil
Bank komersil seperti CIMB, RHB dan Maybank ada menyediakan perkhidmatan tukaran asing di satu satu lokasi yang ramai pelancong. Namun, tukaran di bank boleh dikatakan agak tidak berbaloi kerana margin keuntungan yang mereka ambil adalah agak besar. Jadi, jika tidak terdesak, janganlah buat penukaran di kaunter bank-bank komersil.




2. Tukar di Pengurup Wang kategori 786 (Mamak @ India Muslim)
Umum mengetahu bahawa perniagaan ini dikuasai oleh sebilangan besar pengusaha mamak. Di Kuala Lumpur sahaja, rata-rata pengusaha adalah mamak. Kebiasaanya, mereka ini akan berikan kadar tukaran yang lebih bagus berbanding di bank komersil. Namun, anda harus bijak kerana walaupun tukaran adalah lebih bagus, namun tidak semua Pengurup Wang mamak ini memberikan harga yang sama walaupun dikalangan pengusaha mereka ini.

3. Buat perbandingan antara satu sama lain
Jika anda rajin dan mempunyai masa yang lebih, anda digalakkan untuk membuat perbandingan kadar tukaran antara satu Pengurup Wang dengan yang lain. Perlu difahami, pengusaha Pengurup Wang ini mempunyai  banyak rangkaian mereka sendiri. Margin keuntungan yang mereka ambil biasanya adalah kecil berbanding bank kerana mereka target kepada regular customer atau pelanggan tetap dan juga kepada volume yang banyak.

Harap anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Kita jumpa di post yang akan datang. :)


Recent

recentposts

Random

randomposts