Wednesday, March 12, 2014

Analisa Perbelanjaan Sekarang

3/12/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Tips hari ini adalah sangat mudah iaitu analisa perbelanjaan harian anda. Ambil sehari dua untuk menganalisa segala resit-resit anda, penyata bank anda, penyata kad kredit anda atau pergi ke Pasaraya Besar satu hari dan analisa berapa banyak anda betul-betul berbelanja dalam sebulan. Guna Excel untuk menyenaraikan semuanya, cetak dan lekat di dinding rumah anda. Mari kita kategorikan perbelanjaan anda dari terpenting sehingga yang kurang penting seperti di bawah:

1. Rumah
2. Kenderaan / Pengangkutan
3. Minyak petrol
4. Makanan dan barang dapur
5. Bil telefon / Astro/ TNB
6. Bil Air and IWK
7. Bil Internet
8. Simpanan bulan
9. Insurans atau takaful
10. Derma
11. Hiburan dan pelancongan

Saya akan cuba huraikan dengan lebih terperincin pada artikel yang akan datang. InsyaAllah. :)



Saturday, February 8, 2014

Hargai Wang Anda

2/08/2014
Assalamualaikum & Salan Sejahtera,

Saya doakan agar anda semua sihat sejahtera. Artikel hari ini adalah berkaitan dengan penghargaan terhadap wang anda. Ramai di antara kita yang tidak dapat menghargai wang. Lebih-lebih lagi jika wang tersebut adalah dalam bentuk syiling yang mempunyai nilai yang lebih kecl. Kadang-kala bagi mereka, wang ini mudah sangat untuk dicari, jadi ianya juga mudah untuk dihabiskan dalam sekelip mata sahaja. Tetapi, tahukah kita bahawa wang itu sangat berharga dan bernilai apabila tiba sesuatu masa ketika kita sangat tersedak. Guru saya pernah beritahu, duit RM1 juta tidak akan menjadi sejuta jika tidak cukup sebanyak 10 sen sahaja. :)


Berikut adalah sebab mengapa kita harus menghargai wang.

1. Perlu bekerja untuknya :
Apabila anda bekerja keras, anda akan menghargai setiap sen wang anda. Jika kita mendapatkan wang tanpa perlu bekerja, nescaya orang tersebut mempunyai kemahiran untuk menghabiskan duit dalam beberapa waktu sahaja.

2. Pentingnya amalan menderma:
Dermalah sekurang-kurangnya 10% dari wang yang anda miliki sekarang. Dengan menderma, sedikit sebanyak akan membantu orang yang memerlukan di luar sana. Ianya juga dapat membersihkan harta kita dari sebarang kotoran yang tidak kita nampak secara zahir.

3. Pentingnya menyimpan :
Didalam pengurusan kewangan peribadi, kita digalakan untuk menyimpan sebahagian dari pendapatan kita sebagai bekalan ketika diwaktu susah dikemudian hari. Oleh itu, simpanlah 10% dari pendapatan ke dalam tabung anda/ bank /ASB. Amalan gaya hidup ini mampu memberikan kelegaan dan ketenangan disaat kecemasan nanti.


4. Prihatin : 
Tahu dan prihatin ke mana setiap sen wang anda pergi. Sifat sebegini sememangnya amat sukar dilakukan. Kenapa perlu prihatin? Dengan sifat keprihatinan yang tinggi, kita akn lebih berhati hati ketika membelanjakannya seterusnya dapat mengelakkan dari sifat boros.


Thursday, January 30, 2014

Mendalami Keperluan Perbelanjaan Anda

1/30/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Adalah amat penting untuk kita mendalami sejauh mana keperluan perbelanjaan kita dalam kehidupan seharian. Jika anda seorang yang bujang, sudah pasti perbelanjaan anda adalah kurang berbanding dengan perbelanjaan orang yang sudah berkahwin. Hari ini, saya ingin kongsikan panduan untuk mendalami keperluan perbelanjaan anda.

Ambil sehari atau dua untuk menganalisa & memahami sepenuhnya segala keperluan dan perbelanjaan hidup anda sekarang. Kenali perbelanjaan anda secara mendalam dan sediakan matlamat jangka pendek untuk mengawal kewangan anda dan juga jenis perbelanjaan yang anda perlu tanggung setelah anda bebas kewangan nanti.


Matlamat utama anda adalah untuk sampai ke perbelanjaan optimum yang akan memastikan kebebasan kewangan dahulu dan kemudiannya perlahan-lahan anda akan dapat berbelanja dengan lebih sedikit daripada perbelanjaan asas anda itu. Ramai beranggapan bahawa kebebasan kewangan adalah mempunyai wang dan mampu berbelanja sesuka hati sahaja. Sebenarnya ia adalah kebolehan untuk menguasai dan mengawal perbelanjaan kita. Ini adalah kunci kebebasan kewangan yang sebenarnya. Kita cukup bertuah di bumi Malaysia kerana sistem ekonomi kita adalah bebas dan menghargai sesiapa yang bekerja keras untuk mencipta kejayaan.

Konsep Hutang
Pertamanya, mari kita memahami konsep hutang. Sebenarnya, ada 2 jenis hutang iaitu hutang baik dan hutang buruk. 

Apakah hutang baik? Hutang baik adalah wang yang anda pinjam untuk membayar aset yang memberi pulangan sekarang dan juga di masa akan datang. Contohnya, pinjaman perumahan adalah hutang baik kerana anda akan menjual rumah itu untuk keuntungan yang jauh lebih tinggi dari bunga atas pinjaman itu. Selain daripada itu, jika anda mengambil pinjaman persendirian untuk melabur dalam perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan, itu juga adalah hutang baik., 

Hutang buruk pula adalah hutang yang tidak mendatangkan sebarang pulangan kepada anda dan aset akan menyusut nilai. Contoh terbaik adalah pinjaman kereta. Nilai kereta akan jatuh bila tiba masanya, dan anda akan hilang semua duit anda. Bagaimanapun, kereta memang keperluan di Malaysia, tetapi tidak perlu membeli kereta yang besar. Cukuplah sekadar yang termampu sahaja

Wednesday, December 18, 2013

Kelebihan Menggunakan Kad Kredit

12/18/2013
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Melalui pembacaan saya semalam, terdapat beberapa perkara menarik yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ianya adalah berkaitan dengan penggunaan kad kredit yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia dan dunia.

Berikut adalah sedikit sebanyak kelebihan menggunakan kad kredit berbanding penggunaan tunai:


1. Dapatkan mata ganjaran

Setiap kali menggunakan kad kredit anda, anda akan mendapat mata ganjaran daripadanya. Mata ganjaran ini adalah sama dengan setiap ringgit yang anda belanjakan. Contohnya, jika anda membeli barangan keperluan harian dari Pasaraya Besar seperti di Giant/Tesco setiap bulan dengan membelanjakan RM180 melalu kad kredit, anda akan memperolehi 180 mata ganjaran (ianya bergantung kepada promosi yang ditawarkan oleh bank pengeluar kad tersebut). 

Perbelanjaan minyak kenderaan anda dalam RM160 sebulan, bil TNB, bil Telekom, premium Insuran, bil telefon bimbit. Jadi sebagai contohnya anda sudah dapat 571 mata ganjaran sebulan. Jadi dalam setahun, anda akan mendapat 6,852 mata ganjaran. Kebanyakkan kad kredit sekarang sudah tidak mengenakan caj tahunan. Walaubagaimanapun, caj kerajaan keatas pengguna kad kredit masih lagi berterusan. Mata ganjaran ini dapat digunakan untuk melancong atau menebus hadiah yang ditawarkan oleh bank tersebut. Jadi pastikan anda sentiasa menggunakan kad kredit selagi yang anda mampu untuk mengawalnya.

2. Untuk memantau belanjawan anda

Simpan semua penyata dan cuba imbangkan akaun anda dengan resit. Anda juga boleh melihat perbelanjaan anda melalui Internet di zaman sekarang. Dengan adanya penyata, anda boleh mengambil tindakan yang sesuai untuk mengawal perbelanjaan anda dengan membuat perbandingan perbelanjaan bulan tersebut dengan bulan sebelumnya.


3. Untuk pembelian secara atas talian

Anda perlukan kad kredit untuk membeli peralatan-peralatan perniagaan di dalam Internet seperti domain name registration, hosting dan pelbagai lagi. Ianya juga boleh digunakan untuk membeli sesuatu produk diluar negara dengan mudah.


4.Mudah dibawa

Sememangnya kad kredit dicipta untuk memudahkan urusan kita dari membawa wang yang banyak ketika keluar rumah. Dengan adanya kad kredit, risiko untuk berlarku sebarang kecelakaan seperti rompakan adalah berkurangan. 


5. Nilai yang besar

Rata-rata kad kredit memberikan had kredit kepada pengguna mereka sekitar RM8-15 ribu. Dengan duit sebanyak itu, kita mampu membeli barangan yang berharga secara kredit dan membayar balik kepada bank pada masa yang telah ditetapkan. Ada juga sebahagian bank yang menawarkan pembiayaan tanpa kadar faedah terutama untuk pembelian barangan elektronik.



Tuesday, November 19, 2013

Motivasi : Peluang Ada Dimana-mana

11/19/2013
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sejak beberapa hari lalu, sibuk dikatakan tentang kenaikan harga minyak petrol dan diesel di seluruh negara. Sebagai seorang rakyat marhaen di negara ini, saya juga pastinya terasa kesan akibat dari kenaikan tersebut. Kenaikan ini pasti bukan sahaja melibatkan petrol dan diesel, malah kebiasaannya akan turut diikuti dengan pelbagai barang keperluan lain seperti barang dapur. 

Walaupun kenaikan harga petrol diluar kawalan kita semua, namun kita seharusnya lebih bijak dalam menguruskan perbelanjaan harian kita. Sebagai seorang peniaga contohnya, kenaikan barang pastikan menjejaskan perniagaan mereka, namun mereka kena yakin bahawa mereka boleh mencari sumber-sumber pendapatan lain yang tidak berkaitan secara langsung dengan kenaikan harga petrol. Sebagai contoh, menjual barangan secara atas talian. 

Sudah pasti kos yang akan dikenakan oleh syarikat kurier juga akan turut naik, namun sebagai seorang peniaga yang bijak, mereka seharusnya pandai mencari ruang untuk mengurangkan kos kurier tersebut. Contohnya seperti mendaftar untuk menjadi pelanggan tetap dan peniaga berskala besar untuk mendapatkan penjimatan terhadap penggunaan kurier secara pukal. Saya yakin, terdapat banyak lagi ruang yang boleh diteroka oleh para penjual selain dari mengenakan harga yang lebih tinggi kepada pelanggan akhir.




Peluang hanya dapat dihidu oleh orang-orang yang celik dengan persekitaran.

Tuesday, September 17, 2013

Simpan Wang Untuk Perkara Yang Perlu

9/17/2013
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsikan tips untuk menyimpan wang. Objektif kebebasan kewangan kali ini adalah untuk menyimpan segala sen yang anda dapat ketika bekerja.Simpankan wang ini untuk pelaburan yang dapat menanggung perbelanjaan masa depan anda. Setiap sen patut di kira kerana contohnya 1 sen yang anda simpan sehari akan menjadi 365 sen setahun atau RM3.65 setahun.

Jika anda mendapat dividen 10%, ia akan menaik sehingga RM4 dalam masa setahun. Tidak mustahil selepas 50 tahun, 1 sen yang anda simpan tiap-tiap hari akan menjadi satu juta! Ini dinamakan "Compounding Interest". Rahsia untuk menyimpan sebenarnya adalah merancang perbelanjaan anda dan meletakkan target untuk menyimpan satu jumlah sehari! Misalnya, jika anda membeli-belah di Pasaraya Besar seperti Giant/Tesco/ Aeon Big, anda target untuk berjimat sekurang-kurangnya 10% dari perbelanjaan anda.


Jika anda dapat membeli pack yang lebih besar atau membeli produk yang ditawarkan pada harga promosi, anda boleh berjimat lagi. Katakan 10% dalam RM60 yang anda belanjakan, anda dapat berjimat setiap bulan semata-mata kerana memilih Pasaraya Besar dari pergi ke kedai runcit biasa. 

RM60 setiap bulan akan menjadi RM 720 setahun. RM720 kalau dibiarkan dalam ASB, akan menjadi RM13,000 dalam masa 30 tahun. Terlalu mudah! Bayangkan tiap-tiap bulan selama 30 tahun anda dapat jimat 10%, anda sudah boleh bersara dengan mudah kerana memilih Pasaraya Besar dari kedai runcit anda.


Recent

recentposts

Random

randomposts